Kesan Kemurungan Waktu Mengandung

Suami dalam proses berkahwin lagi dan saya mengandung tanpa perancangan kami. Atas sebab turun naik perkahwinan dan banyak perkara yg saya korbankan, saya jadi hancur dengan berita ni di saat saya mengharapkan hubungan kami semakin baik selepas semua yg saya buat. Saya menangis hampir setiap hari, kadang2 berlarutan sepanjang seminggu dan terlalu payah untuk saya bertahan walaupun suami byk baiki hubungan kami dan jaga saya sebaiknya tapi mungkin saya dah tawar hati. Saya cuba kawal emosi sbb fikirkan kebaikan baby dlm kandungan tapi byk waktu saya rasa tertekan dan tak ada semangat. Sekarang kandungan masuk 16 minggu tapi baru scan, doktor kata kedudukan uri di bawah. Jika ada yg boleh bantu, macamana nak kurangkan bebanan emosi dan petua untuk naikkan semula uri sebelum 28 minggu#ingintahu #pleasehelp #uribawah #tertekan #StressedMom

11 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Tabah atas segala ujian dgn kesabaran.