Air Ketuban Vs Air Kelapa| Kulit baby Vs Susu Kambibg

Soalan: “Doktor kenapa air ketuban boleh jadi kering?” Jawapan: Ada beberapa sebab. Salah satu sebab ialah bila sudah pecah air ketuban dan air ketuban sudah pun mengalir keluar. Salah satu sebab yang lain ialah air ketuban tidak pecah tetapi ada masalah fungsi uri placenta yang tidak membekalkan cukup nutrisi kepada bayi sehingga bayi terpaksa mempertahankan otaknya membuka saluran darah ke otak dan mengurangkan pengaliran darah ke buah pinggangnya. Bila pengaliran darah ke buah pinggang dikurangkan maka bayi akan kurang kencing dan air ketuban menjadi sedikit saja. Soalan: “Doktor, betul ke air ketuban tu air kencing baby??” Jawapan: Betul. Baby telan air ketuban dan kencing balik ke dalam air ketuban. Tetapi air ketuban ni jernih, takdak bakteria atau bau di dalam kantung. Soalan: “Tapi doktor, bukan ke bila ibu minum air kelapa, ini menyebabkan air ketuban bersih dan jernih?” Jawapan: Salah. Bila ibu hamil telan air kelapa, ini masuk ke dalam perut ibu dan diserap ke dalam darah ibu, bukan masuk ke dalam rahim. Perut ibu ialah organ yang berbeza dari rahim dah tidak bersambung. Apa-apa yang ibu telan tak masuk ke dalam rahim. Soalan: “Tapi doktor, bagaimana pula dengan susu kambing? Betulke telan susu kambing kulit baby jadi putih?” Jawapan: Salah. Bila ibu hamil telan susu kambing, ini juga masuk ke dalam perut ibu. Selepas susu kambing dihadamkan kepada molekul-molekul kecil, ia keluar dari perut dan masuk ke dalam usus kecil. Dari usus kecil ia diserap ke dalam darah ibu melalui permukaan dinding usus kecil. Tak masuk pun dalam rahim. Soalan: “Jadi doktor, kenapa penjual susu kambing kata minum susu kambing memutihkan kulit baby?” Nanti sat. Kali ni soalan untuk penjual susu kambing ke soalan untuk saya? Kalau soalan untuk penjual susu kambing, saya pun nak tanya soalan sekali: Cuba tanya penjual susu kambing, semua anak-anak kambing warna putih ke? Kalau susu kambing memutihkan, macam mana anak-anak kambin sendiri ada bermacam-macam warna? Pengeluar susu kambing terbesar di dunia ialah negara India, Bangladesh dan Pakistan. Pengeluar susu lembu terbesar di dunia ialah negara-negara Eropah. Jadi siapa yang mempunyai warna kulit yang lebih putih, orang Eropah yang banyak minum susu lembu ke orang India yang banyak minum susu kambing? “Alamak doktor, banyak nya soalan. Saya dah kena tipu penjual susu kambing 😬.” Credit to Dr Imelda Balcin (Pakar O&G)

 profile icon
Tulis jawapan
Jadi orang pertama untuk membalas!