instict isteri

ya sekali lagi , aku la TT yang posting pasal suami aku pergi kursus 5hari tu 🥰 harini dia dah balik dah ya , seperti yang aku rasakan . DP ws gambar family tiba tiba hilang tanya kenapa hilang , katanya bug . hebat sangat game kau . hati aku ni dah berkecai belah tak tahu rupa macam mana dah . dia chat perempuan lain ya dekat kursus tu siap hide profile ws gambar kami dan archive chat perempuan tu supaya tak kantoi masuk notif chat dari pp tu . aku tengok chat tu menggigil gigil ya badan aku . tak terkeluar air mata aku dek kerana dah lali sangat dengan perangai dia . apa patut aku buat ? pura pura tak tahu dan tengok apa lagi yg dia akan bualkan atau chat perempuan tu terus supaya blok suami aku . atau yang lebih baik aku patut cerai je dengan dia ??? Allahuakbar , pedihnya rasa hati ni anak kecik lagi ya Allah . berat sangat ujian ni ya Allah aku tak sanggup . suami suami kena ingat , sekali isteri dah doa yang tak baik untuk kau , hidup kau jahanam . terima kasih sudi baca luahan saya , tak tahu nak share dengan sape . saya sedih sangatt sangat tak tahu nak cakap macam mana walaupun air mata dah tak lalu nak mengalir dah . :) #sharing #Sharingdong_Bund #Needadvice

7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya pun ada comment haritu, mcm tak logik salahkan line & tak main hp sbb kursus. Do something sis, kalau tak buat pape lebih padah. Awal2 sekadar whatsapp, lama2 ajak jumpa. Jgn lah percaya laki yg kata dia whatsapp je tak sampai jumpa pun. Banyak kes curang sampai ke katil bermula dgn hanya whatsapp borak2 je. Org camni dia tak pikir anak bini dah bila nafsu dah menguasai. Pulak selalu outstation tinggalkan anak bini

Baca lagi
9mo ago

Orait sis apa2 cepat bertindak. Saya ckp based on experience cos saya HR. Kes laki bini curang ni dah banyak sgt sampai tak terlayan. Sampai wife call & dtg office cari laki. Bila siasat2 ni lah bunga2 nya bermula dgn whatsapp2 je