stay at home mom
saya sahm , anak 1 umur 6bulan++ . dah kawin baru nak masuk 2 tahun . maaf lah ya , saya nak meluah sikit . selama nak dekat 2tahun kawin ni , boleh kira pakai jari berapa kali sangat suami saya bagi nafkah dekat saya , rm100 . dia gaji tak besar jadi saya okay je rm100 tu . tapi rm100 tulah duit nafkah saya , rm100 tu jugaklah duit buat beli barang anak . duit bagi dekat mak dia jarang tinggal . tak bagi banyak macam saya tapi selalu bagi . saya pun tak mintak pun bagi banyak tapi ni kadang tak bagi langsung . orang nampak suami kita ni baik sangat . bila mil tanya , sil tanya , si dia ada simpanan tak , ada jawab saya . duit anak ada simpan tabung tak , ada . dia ada kasi duit tak , ada kata saya . brg anak ada lagi tak , ada ada ada . duit str ada bahagi dua sorang sikit tak , ada . semua ada je yang keluar dari mulut saya . tu belum masuk lagi kes suami punya liat nak bagi saya duit , tapi sanggup bayar pp murahan ajak vc rm50 pulak tu ye . alasan sebab saya tertidur penat jaga anak . belum masuk lagi kes dia curang dengan saya . belum lagi cerita pasal pandai borak nak buat anak ramai tapi semua a-z aku sorang yang buat dari dalam pantang lagi . pantang pun seruoa tak pantang . semua aib dia sekecik kecik zarah pun semua aku simpan helok dalam poket . anak pulak fully bf , minggu ni aku baru start kerja part time admin adalah dalam 5-6jam sehari . anak duk dekat mak saya dan kebetulan pulak semalam anak selsema , dan badan mula panas sikit . harini dah hari ke 7 lah keje kiranya . mil chat . katanya kesian anak demam sebab kena tinggal kerja katanya . anak kecik lagi yada yada . saya pun ada baca chat suami dgn sil . suami bagitahu saya kerja bla bla bla . sil pun jawab katanya , sian kat aku la nak guna duit jugak gaknya . dia suh suami keje lebih sikit . okay la aku takda masalah yang tu . yang masalah nya tak perlu pun keje lebih. cukup kau beli barang anak siap siap . kau bagi aku 10ringgit sebulan pun okay la asalkan kita ni ada jugak saving . takde la mengharap duit dia sangat . bila kita ni kerja tahu pulak suruh benti benti benti . bulan ni gaji suami 5ratus lebih , nak dekat 600 . tapi tak tahu berapa total betulnya sebab duit dia memang semua dia pegang . takde maknanya nak bagi kita ni pegang duit dia 😂 tapi belum hujung bulan dah habis dah . rumah duk umah mak saya , kete pun kete 2nd pinjam duit ayah saya dulu beli . belum start bayar balik lagi . makan minum semua 100% guna rumah mak saya punya . komitmen dia cuma saya dgn anak . wifi rumah baru start bayar bulan ni . lagi satu aircond dlm bilik sebab rumah jenis bahang dan anak pulak kuat peluh . ha itu jelah yg dia kena bayar . tapi duit dia , dia buat apa ? rm400 buat beli barang dia . 55 buat bayar wifi . baki 95 , 20 ringgit dia bagi aku sebab aku kata kawan aku ajak keluar bukak puasa sama sama . tu pun tak bayar lagi sebenarnya sebab haritu pakai duit kawan , dia bayarkan dulu . dan adalah suami belikan aiskrim untuk aku malam tadi tu pun sebab dia sakit tekak , katanya elok makan aiskrim vanilla . tu aku terima kasih la sebab ingat jugak untuk aku . dan selebihnya semua pada dia duit tu . tapi tulah dalam masa seminggu ni dia bebel bebel jugak kata takyah keje takyah keje . aku diam je kang kalau aku menjawab nanti memang keluar semua dari mulut ni . lepas pada iftar sama sama (2 hari lepas) dengan kawan aku tu , aku ada la pergi keluar pergi expo raya dgn kawan ii . anak aku mak aku suh tinggal ngan dia je sebab dah malam kan . pastu suami pulak dia memang izinkan je aku pergi (ni setelah sekian berkurun lama aku tak keluar dengan kawan kawan ya , last puasa tahun lepas ) tak sampai 2 jam pun aku keluar tu . malam tadi dia dah bebel . katanya dia dah bagi aku me time dah tp anak tak reti jaga . punca nya sebab apa ? punca nya sebab malam tadi aku selsema jugak , aku makan la ubat selsema yang ngantuk tu . then dia pun balik keje . dia tengok aku tertidur tapi anak melalak ii sebab aku tertidur kan . pastu dia bising la , katanya baru keje sikit dah penat . dia pun amik anak pujuk ii . habis selama ni aku memang duk kangkang je kat umah ni . anak tu dari keluar perut aku sorang je yang jaga dari a sampai z . baru sekarang kau nak berbunyi ? memang sakit hati aku dengar malam tadi . kalau nak cite semua tak cukup kat sini . cukuplah Allah sahaja yang tahu apa ada dalam hati aku . aku jaga aib suami aku tapi tak tahu sampai bila hati ni boleh sekuat macam ni . semoga hati dia terjentik nak berubah . doakan family aku murah rezeki ya semua . terima kasih baca....