Baby bump tak muncul

Skrg 11weeks, mmg tak nampak langsung lagi perut. Saya berat 39kg. Saya risau baby tk membesar kat dalam. Bila baby bump saya blh nampak? Rasa insecure plk. Tengok org lain 9-10 dh nmpk perut. Normal ke mmg tak nampak langsung? Even perut buncit pun tak nmpk. Sekadar nampak sekata & slim je perut ni mcm takda apa2. Saya takda alahan langsung lg stakat ni. Bilaaaa perut ni nak munculllll agaknya.

64 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

1st thing 1st if awak beragama islam, baby bump tu aurat. 2nd thing awak baru 11w. 11w to baby masih dlm fasa develop. belom fully complete pembentukan janin lagi dear. sure ka ada 9@10w dah nampak perut. awak pasti ke yg 9@10w tu baby bump. 3rd awak kena tahu yg baby bump tu tak menjamin kan baby awak okay atau tak. yang penting setiap kali awak check perkembangan baby ikot week yg sepatot nya. itu lg penting dr baby bump dear. 4th kalau awak jenis overthinking awak boleh je nak scan tiap2 minggu dkt private clinic utk lihat perkembangan baby awak. scan tak membahayakan janin dlm rahim awak. yg bahaya duit awak je selalu keluar😅. kalau husband just xkisah awak nk scan tiap2 minggu then pergi je scan. kalau kk hanya scan 3@4x sahaja. ramai je 1st time mommy dekat luar sana yg awal2 trismeter ni belom nampak perut pon. including sy masa 1st pregnant. org mmg xtau pon sy pregnant. masa usia kandungan nak masok 7@8m baru nampak perut dear. sy okay sahaja sbb tahu perkembangan baby sy ikot week sepatotnya. dan sy bebas boleh pakai baju sy size s dn tak perlu tukar baju lain. boleh jimat dkt situ🙈. hee masa 2nd baby 5@6m dah nampak perut. nak bawak perut pon xlarat. org igt nk bersalin dh. dn baju opcos semua xmuat. sgt stress. nk tutup perut pon xboleh by the way sy 1st&2nd pregnancy xde morning sickness sepanjang kehamilan sampai sy bersalin. sy boleh makan semua yg sy nak mkn.

Baca lagi
8mo ago

Betulll! Sy masuk 7bulan baru nampak bby bump and sepanjg preggy semua pakai baju size s beli kt padini je semua dress😅 sy MS teruk sampai ke 9m and takleh mkn byk nanti perut senak! And berat sy 35 je masa buka buku pink last yr. dont worry mommy awak masih awal so jgn overthinking or stress ya! Alhamdulillah bby sy dah 5m semua sihat takde sakit2 syukurrr

TapFluencer

11 weeks masih terlalu awal. saya berat 36kg. bila awal awal semua ckp pregnant ke tk nampak perut pun. saya ckp kenapa nak nampak perut baru boleh dikatakan pregnant? ada orang tu lagi laa nak bersalin pun masih tk nampak perut, tahu tahu anak nak keluar je. saya lagi selesa perut tk nampak, takyah susah susah beli baju baru. tapi masa saya 5-6 bulan baru nampak perut saya tu pun macam 3 bulan punya perut. masa nak bersalin tu perut macam 5 bulan, berat 50kg masani. sampai ada yang tanya lahir pramatang ke. ehhh takk laaa cukup bulan 😅 yang penting tiap checkup kita sihat anak sihat tu da memadai daaa.. tak perlu pun nampak baby bump

Baca lagi

Dulu masa saya awal2 pregnant pun saya risau juga taknampak bump.. yelah belum buka buku belum jumpa doc kan.. tp bila tengok2 org kat tiktok ada yg dh nampak dan ada yg belum nampak bump, saya jd lega. Dan selalunya yg nampak bump tu sebenarnya lemak kat perut atau bloated. Sbb setiap org taksama.. jd jgn risau, skrg masih awal lg. Ada org hujung trimester 2 baru nampak jelas bump. Kalau awak masih risau juga, try cek di klinik utk dptkan nasihat doc. Takpe.. normal je bump belum nampak wlpn dah masuk trim 2

Baca lagi
8mo ago

saya 3rd trimester baru nmpk even masa tu berat dh 65+ kg , maybe sbb badan saya jenis kecik kot hahahha

11w janin kt dalam tu baru berapa cm je awk. Belum pun sampai baru 2bulan lebih 😅 haa sy yg nak bersalin pun org duk tanya betul ke tak mengandung sbb btl2 perut sy kecik je. baju tshirt harian sy pun saya pakai masa sampai nak beranak even nak admit wad sdh pun mak2 lain siap pakai baju menganding sy relaks je pki seluar jeans + tshirt haha. sabar nauu semua org x sma, ada yg masuk 5bulan perut dah besar ada yg dah 8bulan lebih pun perut still menyorok macam saya.

Baca lagi

cuba awak tengok dekat app’s ni, dah disediakan contoh atau size kandungan awak 🤭 saya awal awal pregnant pun suka tengok ni, tapi 11 week baru sangat awak jangan risau saya orang nya kurus kering pun 4 - 5 bulan baru nampak babybump sikit. dah masuk trimester 3 mmg dah nampak babybump saya even saya ni orang nya oversized wear 🤣🤣 buat masa skrng apa yg perlu awak risaukan is kandungan tu kena jaga diri sebab kandungan masih manja

Baca lagi
Post reply image

Normal je sis. Jgn risau. Saya dulu pregnant anak first 9 bulan bru nmpk tu pun org ingat pregnant 4 bulan pdhl tinggal tunggu masa je lagi nak beranak. Dulu utk pastikan anak tu sihat ke tak sy buat scan. 12 w sy buat scan lps tu 15w pun sy scan 20w pun sy scan. 26w scan 30w pun scan. Bagi sy dgn cara buat scan je sy dpt tahu anak sy tu sihat ke tak. Alhamdulillah sis dah dkt nak masuk umur 2 tahun dah anak saya tu skrg.

Baca lagi

Kalau sy, sy enjoy je baby bump kecik hihi sbb tak payah beli baju baru, seluar baru, perut pun tak berat. Sy sampai 8 bulan perut kecik.. kalau pakai baju jersey baru nampak mcm buncit sikit. Org2 pun terkejut kata 8 bulan. Bila dah 9 bulan baru baju2 start nampak ketat kat perut. As long as bila checkup baby cukup berat, tak perlu risau pun. Alhamdulillah baby sy lahir 2.8kg.

Baca lagi

Awal lagi... Kalau awak search untuk 11weeks, size baby pun masih comel lagi. Kedudukan baby dalam rahim, bukan perut. Jangan risau, just follow the flow, nanti akan ada regular checkup dari situ awak akan tahu perkembangan baby. Alahan, tak semua orang akan ada. Ada juga yang lambat, ada juga on/off. It depends on your body. Hopefully all goes well 👍🏻

Baca lagi
8mo ago

betul tu. sy pun mcm tu juga dulu. tp alahan sy teruk sgt smpai xdpt mkn dan minum apa² lgsg. semua kluar mcm air. paling teruk, alahan dgn suami, tpaksa tidur asing spanjang 5bulan kandungan. huhuhu

Normal awak…saya dah 7 bulan bru la nmpk sikit ja tu pun kalau pakai bju jnis tidur kalau berjalan mmg bju jnis loose so mmg x nmpk perut & mmg x nmpk mcm mengandung + kalau pakai tshirt pun still x nampak…tapi bila check doctor alhmdulilah semua normal ok…kalau awak risau pergi la check klinik seminggu sekali untuk tgok perkembangan bayi ok atau tidak…

Baca lagi

jangan risau sis. itu normal. saya masuk 5 bulan baru nampak perut. mula2 risau juga dgn baby kita. tp kalau sis nak tau baby membesar dengan sihat ke x.... sis kena pergi buat altrosound. saya walaupun perut tak nampak awal2 hari tu. saiz baby membesar ikot tarikh Alhamdulillah sihat je baby kita sis. nak comfirm pergi scan dekat klinik. 😊

Baca lagi