GDM

Siapa ada pengalaman beranak atau tengah mengandung ada GDM? Kongsi pengalaman anda

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Sy GDM on diet controlled. Pertama kali kena memang stress. Sebab kita di awal kehamilan, banyak perubahan kita alami, makan pun takut2, selera pun kurang alahan lg. kuatkan semangat, redha sabar dan syukur hadapi ujian kehamilan. Di KK kami mendapatkan pemeriksaan, KK menjadualkan ibu2 GDM ni dgn kelas pemakanan. Jadi, saya ikut je apa yg pegawai sains pemakanan ajar iaitu diet suku2 separuh, no sugar & less carbohidrat diet. Mkn buah dua kali hidangan. Mkn buah slps makan. Kurangkan makan berminyak sebab minyak ni lg buatkan gula lama dlm darah. Mkn banyak sayur sbb sayur serat tinggi blh tapis gula dlm darah. Gitu. Mkn on time. Bnyk lg info yg x mampu sy nk share sini. Alhamdulillah, saya dapat rentak ikut diet mcm tu. Sekarang saya buat BSP sebulan sekali & self monitoring. Sekali sekala nak cheat day pun boleh, teringin nak mkn kek ke, choc ke, ... Tp jngn lh mkn time hari buat BSP tu. kantoi kang. Jaga. Seminggu sekali ke, blh lh mkn. Syukur, time hamil ni, bila sy mkn manis, sy jd loya. So sy kurangkan / x mkn langsung makanan manis2. Buah buahan manis mcm tembikai yg saya suka pun, sy tak blh masuk sangat. Bonus badan pun slim bila ikut diet mcm tu. ❣️

Baca lagi