Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Sai Sudha, Pakar Obstetrik dan Ginekologi, di Pantai Hospital Ampang

Setiap ibu pasti inginkan perjalanan kehamilan yang sihat, namun menurut kajian, 10-20% ibu hamil mengalami keguguran. Adakah anda pernah melalui keguguran? Apakah punca keguguran? Bagaimana cara untuk mengelakkan ia berlaku? Apakah tanda-tanda awal keguguran? Jom tanya segala soalan berkaitan topik ini terus kepada pakar jemputan kami, Dr Sai Sudha, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G), di Pantai Hospital Ampang pada 22 Jun 2022, Rabu jam 3 petang. *NOTA: Segala persoalan di luar daripada waktu dan topik yang ditetapkan akan dibuang atau tidak dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Sai Sudha, Pakar Obstetrik dan Ginekologi, di Pantai Hospital Ampang
14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hai Dr, saya ada pengalaman keguguran sebelum ini semasa usia kandung masuk 9 minggu dimana jantung bayi tak dapat dikesan dan tak lama saya mengalami tumpah darah yang banyak. Saya nak tanya Dr apakah sebab pemakanan atau gaya hidup menyebabkan terjadi perkara ini dan sekarang saya mengamalkan pengambilan acid folik dan vitamin D. Adakah vitamin D boleh diambil juga sekiranya mengandung?

Baca lagi
3y ago

Hi Pn. Ya folic acid dan vitamin D boleh diambil. Keguguran ada banyak sebabnya. Sebab2 utama keguguran : - factor genetic / Chromosome yang tidak normal adalah salah satu sebab utama - masalah kesihatan yang tidak dikawal baik seperti kencing manis - ubat yang tidak sesuai untuk wanita mengandung - masalah perubatan lain seperti Anti-phospholipid syndrome etc - adakala, sebab tidak dapat ditentukan