26 Balas

xyah balik kg selalu mcm tu. jaga emosi awk. lgi pon x dosa xde zuriat. zuriat ni rezeki allah bagi. cube nnti ajak husband pg check. check kualiti ovum dgn sperm. kdg bkn sbb kite mslh, tpi sbb sperm yg abnormal. mcm sye dlu masa gugur doc ckp either ovum yg x cantik atau sperm yg abnormal. sbb kantung x cantik masa tu, kalau lahir pun, akan jadi cacat seumur hidup.sye pon 2x gugur bru lekat yg ketiga ni. alhamdulillah, now dh nk msuk 6m. rezeki Allah bagi bila sampai waktu tepat. Allah bgi awk hidup berdua dulu dgn husband. boleh pegi honeymoon. boleh kumpul hrta dulu sama2. abaikan je apa org kata ya. jgn stress2. awk krg kn balik kg tgok mak, nak bgi duit belanja boleh bank in. balik wktu penting je, mcm raya ke, puasa ke, atau ade kenduri kendara. itu pon awk boleh tapis mana yg penting or x. takat kenduri jiran dkt kg tu, x balik pon xpe. kalau kenduri sedara tu awk boleh pertimbangkan.

xpe xde mslh pon. lebih baik mcm tu. nanti jadi sakit hati pulakk.

tak berdosa pun puan , memang sakitkan nak menghadap dengan orang yang pandai buat kerja Allah ni 😒 saya dulu ttc 6tahun , macam2 hinaan orang sekeliling saya dengar siap ada yang cakap saya mandul dan ada yang anggap kehamilan ni suatu perlumbaaan , banyaklah lagi tapi saya hadap je dengan redha .. tiap hari berdoa sambil menangis tapi saya percaya mungkin belum masa saya nak bergelar seorang ibu mungkin ada kekurangan dalam diri saya atau dalam rumahtangga saya yang Allah belum izinkan lagi untuk saya menimang cahaya mata .. saya sentiasa positifkan diri , dan setiap kali orang tanya pasal anak saya akan jawap pergi lah tanya Allah 😅 mesti dorang akan terdiam .. setiap orang dugaanya berbeza kan ! apa2 pun yang negatif2 ni puan buang je lah jauh2 , ambik yang positif je .. biarlah orang nak cakap apa mulut orang ni takleh nak tutup , puan enjoy lah dulu sweet2 dengan suami puas2 .. mungkin ada hikmah disebaliknya

Pendapat saya, baik sis stay dekat rumah tanpa perlu jumpa siapa siapa. Kadang2 kita perlukan positive vibes untuk diri kita sendiri. Buat apa yang membahagiakan sis. Saya faham perasaan sis. Ingat, kita hidup untuk Allah. Hanya Allah tempat kita mengadu dan meminta. Cuba bahagiakan diri dan selebihnya serahkan semuanya pada Allah. Pedulikan mulut manusia, hati kita lagi penting. Cari something yang boleh happykan awak dan suami. Cuba spend time dengan suami. Rumahtangga kita, kita dan suami je tahu. Biarkan orang lain. InshaaAllah sis akan tenang lepas tu. Enjoy setiap masa dengan suami. Enjoy setiap perjalanan rumahtangga sis. Moga Allah lindungi sis dan suami selalu. Moga Allah kurniakan zuriat untuk sis dan suami lagi. Semua Allah punya. Saya doakan ya. Sentiasa fikir positive tau. ❤️

baikk sis . trme ksh doa dan nasihatnyaa❤️

VIP Member

sabar ya sis 😢 mcm sy ini perkhwinan kedua, y pertama ada 2 cahaya mata sepasang, untk perkhwinan kedua ni kmi 4tahun dah berkhwin dlm msa 4 tahun to saya dh 3 kli gugur, prkhwinan kedua ni sy ddk dngan mentua, adik adik ipar saya mmg tak suka sy n kmi ambik keputusan pindah cri khidupan sndiri diluar, smpai satu tahap, family dia ada ckp klau suami pilih ikut saya, jngan blik dah ke rumah family, adik dy sampai cakap pada saya ehh tak malu ke dah gugur banyak kali, smpai skrg saya simpan cht adik dy tu ,tapi sekrng dngan khidupan diluar kmi bahagia Dan skrg sy disahkan mengandung 4bulan penantian kmi selama 4tahun ... sy doakan sis pun akan ada zuriat insyallah antara cepat Dan lambat sahaja, Aamiin

sama la mcm sy . dlu ipar smpai hina kami xde zuriat ape semua . smpai skrg sy x jejak kaki ke uma diaa klau adk bradk somi ajkk . nk memaafkan tu mmg mudah . tp nk mlupakan tu yg perit

X pe awak. Awak x yh cerita kt husband pun pasal nie x apa. Jaga aib mak kita walaupun hati tgh sakit & sedih. Husband still org luar apa2 pun. Setiap awak solat tu doa supaya mak awak berubah, x ckp mcm2 pasal awak. Awak sabar yea. Insha Allah ada rezeki awak dan husband untuk menimang cahaya mata. Mgkn skarang bukn masanya, tp selagi ada rahim, insha Allah boleh usaha lg. Pasal mak tu biarlah die nk ckp apa2, biasala org tua kn. Kalau ada masa berdua dgn mak, boleh slow talk dgn mak knape lyn awak mcm nie. Kadang hati org tua kita x tahu, mgkn die ada terkilan mana2 ke, so tu je cr die melepiaskan pada awak.

kdg tu nk jgk ckp gn somi . tp somi ney plk jns angin kdg pndai x btul . jd sy xnk ckp gn dia tkut nt dia benci pd mak sy . jd sy amk kptsn utk simpan n pendam . tkut nt somi xnk blk uma mak jgk

kakak ipar sy 7tahun menunggu baru ade rezeki boleh mengandung tahun ni... kalau gitu gaya baik xpayah balik rumah mak selalu... lebih baik jaga perasaan awk daripada menjaga perasaan mak awk tu.. try amalkan folik asid walaupun sebelom mengandung.. sy pon agak lmbat boleh mengandung.. suami sy ada amalkan sy utk minum susu kambing kurma.. tapi dia buat sndiri, dia blend sendiri, dia minum sy pon minum.. bukan yg susu kambing kurma yg siap beli kedai tu... ni ikhtiar sahaja taw nak dapat atau tidak pon kena sabar kena berserah dgn Allah jgk.. jauhkan diri daripada org2 toksik.. kesihatan mental kita lebih penting..

baik kak . trme ksh nasihat nyaa ❤️

Bersabar atas cabaran zuriat, berfikiran positive sentiasa dan byk berdoa serta redha pasti satu hari akan termakbul doa sis. Jgn endahkan sgt kata org tua dan jgn perbandingkan diri dgn yg lain. Ini ujian sementara. Takpe sis bahagialah utk kak ipar itu harap allah berkatinye. Jgn kecil hati dgn ibu sendiri, mintak ibu doakan sis. Mcm mana sis terasa sukar pun, cuba beri kata kata sabar pd ibu dan sentiasa melawatnye .. buatlah terbaik selagi ibu masih ada. Allah maha berkati segala kesabaran sis. Dan mencuba sentiasa dgn suami mana tahu turn sis pun kembali semula utk mengandung semula

Ibu saya sendiri pernah cakap "ibu rasa ko ni takkan ade anak kot kak". Sedih ya ayat mcm tu keluar dari mulut ibu sendiri. Tapi ayah lah yang selalu tenangkan. "Inshaa Allah rezeki tu akan datang, jangan banyak fikir yang buruk. Banyakkan doa dengan yakin. Nampak je baby, teruskan berdoa". Alhamdulillah nak masuk tahun ke 5 perkahwinan. Saya disahkan mengandung. Awak jangan sedih ya. Doa yang baik2. Inshaa Allah akan sampai pada masa yang tepat.

mcm tu jgk la mak sy ckp gn sy kak 😔 dia tau sy prgnt tahun lps tp dia x mdoakan utk kandungan sy . tp dia lg ckp " ala tah2 buncit jew prut ko tu . ko bkn ngandung pon " smpai laa sy kguguran sy pantang sndri walaupon sy kt uma mak sy mse tu . mak sy ckp " ala nk btpe laa btungku2 ko tu bkn ggur pon dtg bulan jew" sy xtw mn silap sy kak pd dia . sy pon xtw smpai bila bole hadap semua ney ... sy kdg sedih owg lain ad mak doakan ank y baik2 tp aku lainn . mak sy klau ckp mcm tu kdg dpn akak2 ipar sy . akk2 ipar sy laa y sllu ckp sabar laa dikk ... akakk ! trme ksh nasihat dan doa nyaa ❤️

memang sedih bila mak kandung cakap macam tu tapi jangan ambil hati. rezeki ni Allah nak bagi. sis dengan suami usaha ja diam diam. insyaAllah bukan tak pernah mengandung kan cuma takda rezeki gugur. maknanya sis & suami bukan tak boleh dapat zuriat pun. abaikan je kata kata sesiapa pun yang melemahkan. kalau berjumpa boleh buat sis stress kurangkan berjumpa dengan dorang buat masa sekarang. semoga dipermudahkn segera daat rezeki zuriat lagi lepas ni

sama sama. stay strong ok mommy ♥

VIP Member

Raaamai pernah rasai semua ni mungkin teruk atau tak. Tapi kita sbg perempuan sbg isteri Allah uji mcm ni sebab Allah tahu kita kuat. Sy pun merasainya. Kwn2 sy pun ada. Bukan kita sorang. Jangan hukum diri sendiri tau. Bukan salah awk. Salah diorang. Jaga diri awk dulu bru org lain. Kuat semangat. Hidup ni bukan utk orang lain. Tp utk akhirat kita. Sabar. Allah sentiasa ada dengan org yang sabar. Cuma kita je lalai jauhkn diri dari Allah.

iya sis 😔 trme ksh puan ❤️

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan