Ramadan 101: Macam Mana Nak Masak Sambil Jaga Anak?

Hello Semua! Macam mana puasa tahun ini, okay ke? Bagi yang mengandung, kalau tak larat jangan paksa okay. Yang penting baby kat dalam sihat tau ❤️ Pengguna TAP nak tahu la, macam mana mommy kat sini masak sambil jaga anak? Boleh kongsikan tips sikit tak? Jom kongsikan tips anda di ruangan komen! 😘

Ramadan 101: Macam Mana Nak Masak Sambil Jaga Anak?
7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Benda ni la antara paling susah bila berpuasa setakat ini. Ibu Share pengalaman ni time puasa sunat shabaan sebab nak habiskan puasa qadha. Kalau ibu, ikut situasi. Situasi pertama biasanya ibu akan masak time anak tidur. Macam kami dekat sabah, masuk maghrib pukul 6 lebih.. Lepas asar dah berkompang didapur. Situasi kedua. Bila ibu gagal tidurkan Muhammad 🤣.. Alamatnya, ajommm masak sama2. Sambil masak sambil tu jugak mulut bagi arahan tutup pintu periuk2 nana[ neneknya].. Kita sibuk masak dia sibuk keluarkan wok. Bermacam2 pan & wok jd bahan dia. Mana sayur yang di potong berterabur kat lantai. Alahai. Dan masa ni juga sy perlahan2 didik anak arahan mudah. Task mudah. Contohnya macam put back sayur2 dalam bekas. Alhamdulillah menjadi. Disebabkan suka tutp buka pintu almari, dah faham arahan ringkas open & close/shut. Tapi serius situasi ke2 ni lagi seronok. Sebab kita masak sambil tu ajak anak sekali.. Ajar nama2 sayur. Ajar mcm mn nak membersihkan. Kdg sy terpegun disebabkan terbiasa anak di dapur, bila air tumpah [ almaklumlah anak suka air] sekarang dah pandai cari lap untuk keringkan bahgian yg basah tadi. macam2 lagi memori yg ada. Tapi masak-masak still keselamatan ibu jaga. Sapa yang tak sayang anak kan. Tetap saya jaga keselamatan. Sebab untuk maslahat sy juga. Anak sy sakit 1 hal. 1 hal lgi abinya pulang tny keadaan anaknya. Hah, nak jawapan apa😂 Ramadhan ni x banyak masak. FIL suru rehat. Dia nak menjelajah bazar yg dah 2 tahun xda. Nak qadha membeli-belah kat bazar. Buat air je. Alhamdulillah!

Baca lagi