Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Mas, Confinement Consultant: Kepentingan Berpantang Selepas Bersalin

Hi Semua! Ada tak antara anda yang masih tidak pasti tentang berpantang? Adakah ia perkara yang diwajibkan atau hanya mitos semata? Perlukah ibu menjaga pantang dengan betul? Betulkah jika tidak pantang dengan betul, kita akan sakit bila sudah berumur? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang kepentingan berpantang selepas bersalin bersama Puan Mas (Market Researcher), Confinement Consultant pada 20 Julai 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Mas, Confinement Consultant: Kepentingan Berpantang Selepas Bersalin
13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Salam Puan, perlukah makan jamu semasa berpantang? apakah kandungan dlm jamu tersebut. Dulu sy berpantang tak makan jamu. Alhamdulillah badan sy kembali sihat hanya dgn berpantang jaga makan minum dan berstokin. Sbb ibu saya melarangnya. Pengalaman ibu saya mkn jamu buat susu badan panas san menyebabkan bayi pendarahan usus. Benarkah?

Baca lagi
2y ago

Waalaikumsalam.. Terima kasih atas soalan. Kandungan jamu adalah berbeza mengikut jenama/pengeluar. Pengambilan supplement/ubatan perlu mendapat nasihat doktor/ahli farmasi. Sekiranya ibu mendapat nutrisi yang cukup dari diet harian, tidak perlu mengambil supplement.