Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Mas, Confinement Consultant: Kepentingan Berpantang Selepas Bersalin

Hi Semua! Ada tak antara anda yang masih tidak pasti tentang berpantang? Adakah ia perkara yang diwajibkan atau hanya mitos semata? Perlukah ibu menjaga pantang dengan betul? Betulkah jika tidak pantang dengan betul, kita akan sakit bila sudah berumur? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang kepentingan berpantang selepas bersalin bersama Puan Mas (Market Researcher), Confinement Consultant pada 20 Julai 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Mas, Confinement Consultant: Kepentingan Berpantang Selepas Bersalin
13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Salam puan, saya ingin bertanyakan amalan berpantang bagi wanita yang melahirkan secara pembedahan. Bagaimana cara untuk penjagaan luka dan cara untuk mengempiskan perut. Bilakah waktu yang sesuai untuk ibu memakai bengkung. Terima kasih.

2y ago

Waalaikumsalam.. Terima kasih atas soalan. Amalan berpantang bagi ibu bersalin secara bedah adalah sama dengan ibu bersalin normal. Ibu hanya perlu elakkan makanan yang sememangnya memberi kesan elergi. Pemakaian bengkung adalah hanya selepas luka kawasan czer sembuh dan kering. Sekiranya luka masih basah/sakit, cuma sapu krim yang dibekalkan oleh doktor untuk mengelakkan jangkitan. Diet yang seimbang juga perlu untuk mengembalikan bentuk badan yang ideal.