Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Mas, Confinement Consultant: Kepentingan Berpantang Selepas Bersalin

Hi Semua! Ada tak antara anda yang masih tidak pasti tentang berpantang? Adakah ia perkara yang diwajibkan atau hanya mitos semata? Perlukah ibu menjaga pantang dengan betul? Betulkah jika tidak pantang dengan betul, kita akan sakit bila sudah berumur? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang kepentingan berpantang selepas bersalin bersama Puan Mas (Market Researcher), Confinement Consultant pada 20 Julai 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Mas, Confinement Consultant: Kepentingan Berpantang Selepas Bersalin
13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

1) bagaimana wujudnya istilah berpantang selepas bersalin? 2) apakah kepentingan berpantang? (since mostly only asians do it) 3) benarkah minuman berais/sejuk boleh effect ibu yg baru lepas bersalin? 4) makanan sejuk/berangin? dan benarkah boleh memberi kesan kpd anak yg bf? 5) mengapa tempoh berpantang hanya 44/60 hari? selepas dari tu? semuanya okay? 🤣 ibu takda kesan, dan anak bf pun takda masalah? ini persoalan yg paling saya tertanya tanya sebenarnya. 6) benarkan barut semasa berpantang boleh mengempiskan perut? bgaimana sekiranya sebelum ngandung dah mmg buncit? 7) sengkak rahim adalah dilarang oleh beberapa doktor pakar, tetapi apabila mengurut kononnya sengkak adalah satu kewajipan. why? 8) akhir sekali, masih relevan kah berpantang ini?

Baca lagi
2y ago

8. Berpantang masih relevan dan jika diamalkan dengan ilmu yang betul akan memberi kebaikan secara mental dan fizikal kepada ibu.