Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Mas, Confinement Consultant: Kepentingan Berpantang Selepas Bersalin

Hi Semua! Ada tak antara anda yang masih tidak pasti tentang berpantang? Adakah ia perkara yang diwajibkan atau hanya mitos semata? Perlukah ibu menjaga pantang dengan betul? Betulkah jika tidak pantang dengan betul, kita akan sakit bila sudah berumur? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang kepentingan berpantang selepas bersalin bersama Puan Mas (Market Researcher), Confinement Consultant pada 20 Julai 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Mas, Confinement Consultant: Kepentingan Berpantang Selepas Bersalin
13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Salam Puan. Saya baru saja bersalin setahun yang lalu. Sebagai ibu yang baru pertama kali melahirkan anak, saya agak keliru tentang berpantang dan ada beberapa persoalan. 1) Perlukah ibu itu berpantang? 2) Berpantang tu maksudnya dari segi apa, makanan ke penjagaan tubuh badan ke? 3) Zaman sekarang ada berpantang secara tradisional dan ada secara moden. Mana satu yang perlu diikut? 4) Perlukah ibu selepas bersalin mengurut, bertungku, bertangas dan sebagainya lagi proses yang biasa dilakukan ketika dalam tempoh berpantang. Adakah ia satu perkara yang wajib/perlu dilakukan atau tidak, hanya sekadar satu cara melegakan badan setelah melalui proses bersalin. 5) Sekiranya ibu selepas bersalin tidak melalui proses berpantang dengan betul apakah kesan yang mungkin berlaku pada ibu. Terima kasih.

Baca lagi
2y ago

Terima kasih puan atas pencerahan 😊