Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Mas, Confinement Consultant: Kepentingan Berpantang Selepas Bersalin

Hi Semua! Ada tak antara anda yang masih tidak pasti tentang berpantang? Adakah ia perkara yang diwajibkan atau hanya mitos semata? Perlukah ibu menjaga pantang dengan betul? Betulkah jika tidak pantang dengan betul, kita akan sakit bila sudah berumur? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang kepentingan berpantang selepas bersalin bersama Puan Mas (Market Researcher), Confinement Consultant pada 20 Julai 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Mas, Confinement Consultant: Kepentingan Berpantang Selepas Bersalin
13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

salam Puan. 1) Perlukan amalan berpantang? 2) Cara pantang macam mana yang terbaik? 3) Apa beza berpantang secara tradisional vs ilmu berpantang moden (dari perspektif doktor) 4) based on Doc yang well known di media sosial (tak nak sebut nama), katanya pantang tradisional tu tak perlu.Cukup dgn makan makanan berkhasiat, dptkan rehat seckupnya etc. 5) Apakah amalan bertungku, bertangas, sauna tu tak perlu semasa berpantang? jika dibuat, apakah kesannya? 6) bolehkah ibu berpantang menggunakan aircond sdgkan di rumah, dilarang tp di hosp dh tentu2 ada aircond.

Baca lagi
2y ago

Terima kasih cik masz atas perkongsian jelas. Sy suka nasihat pantang yg x ektrim dan mengambil kira pandangan perubatan dan emosi ibu2 ni.