Overthinking mom :’(

Hi semua SAHM and working mom. First time mom here. Baby baru masuk 5 bulan. Please share experience korang semua especially working mom macam mana perasaan korang tinggal anak dekat pengasuh ? I will share mine first. So here we go. Saya berkerja 12 jam sehari jadi tinggal anak dekat pengasuh pun 12 jam juga. Baru-baru ni perasan pengasuh tidurkan anak (5 month) dalam buaian dengan botol susu yang hanya disendal dengan lampin tanpa pengawasan. Saya betul betul tak senang dengan tindakan tu. Macam mana ye nak tegur pengasuh yang saya tak berkenan dengan cara tu ? I mean sekarang kan banyak kes tersedak susu dan lain-lain. Pengasuh juga selalu cakap nak bagi anak saya susu campur dengan nestum sebab takut baby lapar. Walhal anak saya memang akan minta susu setiap 2 jam. Btw anak saya full susu formula and belum start solid food lagi. 🥲 Also saya jenis introvert tak reti nak berkomunikasi dengan orang. Saya risau bila tegur nanti anak saya akan jadi mangsa sebab dia ada dengan pengasuh sepanjang masa. Risaulah tapi tak ada cara lain selain hantar anak dekat pengasuh. Saya memang perlu berkerja untuk membantu suami dalam ekonomi keluarga. Tolong mommies semua. Tak tenang nak buat kerja bila fikirkan anak 🥲 #firstbaby #firsttimemom #AskingAsAMom #sharing

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

kalau boleh elakkan pengasuh yg guna buai tanpa pantau sbb ikutkan mmg la kita hantar pengasuh rumah , tapi pengasuh tak boleh guna buai dengan cara tak Selamat cm tu , sis ada hak ya bersuara sbb ni bab nyawa , byk dh kes sebelum2 ni tersedak , Dan dis bayar ya kudrat dia dia tak ada hak nk tentukan anak sis nk minum apa , kalau boleh carilah pengasuh lain , pengalaman saya sebagai pengasuh saya sanggup riba ya anak asuhan minum tepuk burp taknak dia tersedak sbb ibu bapa bayar saya pakai duit bukan air liur Dan anak asuhan jaga macam anak sendiri , cegah sis sebelum jd masalah.

Baca lagi
5mo ago

ya mmg tak boleh rasa pengasuh mmg tak cakna pun bab tu sebab kursus asuhan permata pun mungkin dorang tak tahu tu yg main sebat je bg anak org tdo buai sendal botol mcm tu mmg tak boleh la , sbb tu saya cakap tak boleh guna buai kalau bg botol dlm buai mcm tu Dan apa hak pengasuh nk sumbat anak sis tu dgn susu dengan nestum , sis tt ni patut tegur , saya sendiri diploma ece Dan ada kursus permata takut tgk org berani buat anak org sendal botol susu mcmtu

Nasihat saya, kalau instinct awak rasa tak sedap, better cari pengasuh lain. And masa last day tu, awak bagitahu direct tentang servis mereka. Ketidakpuasan hati awak. Supaya tidak terjadi pada anak orang lain. Dah jadi seorang mak ni, kena buang sifat introvert tu. In shaa Allah, slowly but surely. Apa2 pun, semoga dipermudahkan segala urusan awak ya. Saya sangat salute pada semua working mom 👍🏻

Baca lagi

bby mmg biasakan 2jam skli susu . bahaya jgk dia letak sendal mcmtu je . bole tersedak lg2 kalau ditinggalkan mcmtu . sukati dia je ye bg Nestum+ susu kat anak org. awak bole je tgur cara baik . kalau introvert. ws je awak . kalau awak takut laa dia tak puas hatikan awak tgur mcmtu . awak cari je pgasuh lain . lg selamat dan pesan la apa yg risaukan dkt pgasuh baru nt .

Baca lagi

Kalau tak berani tegur, cari pengasuh lain. 2 benda ni sgt la boleh bahayakan nyawa so setiap saat baby berada bawah jagaan babysitter tu, sis bahayakan nyawa anak sendiri. Benda kalau nk tersedak sekejap je boleh jadi. 2 3 saat tersedak susu boleh terus buat muka anak jadi biru. Some cases mmg tak boleh buat apa dah

Baca lagi

terpaksa juga tegur walaupun introvert. .demi anak. .lagipun sangat bahaya menyusu begitu. .boleh tukar pengasuh lain sebab dah tengok Dan tahu cara dia macamtu. .better tukar. demi keselamatan Dan kesejahteraan anak yang tidak tahu apa apa . uhuhuu

cakap elok2 dgn pengasuh cara dia tu blh buat baby tersedak n sgt bahaya. kalau sis rasa xsedap hati n pengasuh xblh bg kerjasama , better tukar pengasuh @ hantar taska. bertindak sebelum terlewat sis.

Baca lagi
TapFluencer

Ini bukan overthink. Ini hal keselamatan anak. Survey pengasuh/ taska lain dulu. Boleh mesej pengasuh semasa anak bersama puan. Katakan No nestum Dan bgtau tak elok cara menyusu tanpa pengawasan.

Baca lagi

Cr pengasuh lain sis . Sbb u will never know apa die akan bt blkng u dkt anak u kalau u tegur die pun . Takut die menyampah u demand nak suh jaga mcm ni mcm tu lpstu anak pulak kene bile mood die x ok

5mo ago

Agreed. Ramai je pengasuh xleh terima teguran atas tiket dia dah biasa asuh budak or anak wat camtu. Benda belum jd lg kt dia kan

bagitau direct je puan.. kita sebagai ibu kita berhak buat keputusan untuk anak kita..