Overthinking mom :’(

Hi semua SAHM and working mom. First time mom here. Baby baru masuk 5 bulan. Please share experience korang semua especially working mom macam mana perasaan korang tinggal anak dekat pengasuh ? I will share mine first. So here we go. Saya berkerja 12 jam sehari jadi tinggal anak dekat pengasuh pun 12 jam juga. Baru-baru ni perasan pengasuh tidurkan anak (5 month) dalam buaian dengan botol susu yang hanya disendal dengan lampin tanpa pengawasan. Saya betul betul tak senang dengan tindakan tu. Macam mana ye nak tegur pengasuh yang saya tak berkenan dengan cara tu ? I mean sekarang kan banyak kes tersedak susu dan lain-lain. Pengasuh juga selalu cakap nak bagi anak saya susu campur dengan nestum sebab takut baby lapar. Walhal anak saya memang akan minta susu setiap 2 jam. Btw anak saya full susu formula and belum start solid food lagi. 🥲 Also saya jenis introvert tak reti nak berkomunikasi dengan orang. Saya risau bila tegur nanti anak saya akan jadi mangsa sebab dia ada dengan pengasuh sepanjang masa. Risaulah tapi tak ada cara lain selain hantar anak dekat pengasuh. Saya memang perlu berkerja untuk membantu suami dalam ekonomi keluarga. Tolong mommies semua. Tak tenang nak buat kerja bila fikirkan anak 🥲 #firstbaby #firsttimemom #AskingAsAMom #sharing

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Ini bukan overthink. Ini hal keselamatan anak. Survey pengasuh/ taska lain dulu. Boleh mesej pengasuh semasa anak bersama puan. Katakan No nestum Dan bgtau tak elok cara menyusu tanpa pengawasan.

Baca lagi