Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Fadzlyana Hanif, Perunding Babywearing Bertauliah

Hi semua pengguna yang dikasihi! Kami bawakan khas kepada anda Dr. Fadzlyana Hanif, Perunding Babywearing Bertauliah dan salah seorang Admin Rasmi Laman FB Malaysian Babywearers untuk menjawab semua persoalan anda berkenaan babywearing! Tanya kelebihan penggunaan babywearing, jenis 'slings' ataupun 'carrier' yang disarankan oleh pakar dan banyak lagi soalan lain hanya di aplikasi kami. *𝐍𝐎𝐓𝐀 : Sebarang pertanyaan diluar topik tidak akan dijawab dan akan dibuang daripada ruangan komen. Soalan yang ditanya selepas pukul 3 petang juga berkemungkinan besar tidak akan dijawab oleh pakar.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Fadzlyana Hanif, Perunding Babywearing Bertauliah
25 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum doctor, betul ke kalau kita salah memilih baby slings/carrier akan menjejaskan pertumbuhan kaki anak?

4y ago

You are most welcome.

Hi doctor. I still have my sling nice and unused. Can i use for my almost 2 years son? What is the maximum weight can it hold?

4y ago

Hi, yes you can still use it if it still in good condition. You can babywear your baby as long as you can carry your son. No problem at all.

Selamat petang Dr. Saya ada satu soalan. Kalau pakai sling, boleh mengelakkan daripada kaki bayi dalam posisi W ke ya?

4y ago

Selamat petang puan. Posisi W saya anggap ia adalah posisi duduk. Posisi duduk tegak adalah selamat dari segi Tulang Belakang yang di support, Saluran pernafasan yang tidak tertutup, Bole lihat perkembangan anak di depan mata. Saya assume, puan inginkan posisi cradle/baring. Posisi cradle/baring hanya dibolehkan sewaktu menyusukan anak sahaja. Selesai anak menyusu, kembali semula ke posisi tegak dan burp kan anak.

VIP Member

assalamualaikum doc.. soalan saya..hingga umur anak berapa ea sesuai untuk guna bby sling ni ea?terima kasih 😘

4y ago

Sama² puan. Bole belajar lebih lanjut di Facebook Group kami di https://www.facebook.com/groups/mbw.official/?ref=share

Hi assalamualaikum doctor. Saya nak tanya. Sling yang mahal memang terjamin bagus ke kualiti dia?

4y ago

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh puan. Mahal tak semestinya bagus, murah tak semestinya tak bagus. Contoh kain batik lepas untuk gendong bayi, ianya murah dan selamat untuk gendong anak. Contoh mahal, Narrow Based Carrier brand B***n, tidak menepati ciri T.I.C.K.S. Ia bergantung kepada pemilihan di tangan masing². Cuma kami sarankan setiap ibubapa untuk gali ilmu berbabywearing, fahami dulu cara pemilihan baby carrier yang terbaik untuk anak dan keselesaan mereka. Follow the T.I.C.K.S rules. inshaAllah selamat. Untuk info lebih lanjut bole join Group di Facebook https://www.facebook.com/groups/mbw.official/?ref=share

Hi doktor. Berapa lama (jam) disarankan untuk penggunaan sling ya? Untuk berjalan jauh atau lama boleh ke?

4y ago

Bole seberapa lama, tiada masalah. Cuma kita perlu follow baby's cues. Tengok reaksi anak bagaimana. Dan ikut kemampuan tubuh kita. Selagi larat, tiada masalah.

Doktor. Saya pernah ternampak orang menyusukan anak sambil menggunakan sling. Adakah ianya disarankan?

4y ago

Bole menyusukan anak dalam baby carrier, cuma perlu practice. Pastikan saluran pernafasan anak tidak tertutup. Biasanya anak yang sudah biasa berbabywearing, lebih mudah untuk di handle.

Doktor nak tanya. Mana satu lebih selamat digunakan? Sling atau baby carrier ya?

4y ago

Baby carrier yang menepati ciri T.I.C.K.S adalah selamat. Bole join kami di Facebook https://www.facebook.com/groups/mbw.official/?ref=share untuk info lebih lanjut

Jenis sling apa yang paling bagus ya doktor? Boleh kongsikan tak? Terima kasih

4y ago

Berdasarkan pengalaman saya, saya lebih prefer kain Woven Wrap. kenapa? sebab 1) bole pakai dari newborn sehingga preschooler kid. 2) bole buat pelbagai jenis carry. (bole tengok di youtube) 3) satu kain panjang, yang mudah untuk di handle sebab penghujungnya hanya ada dua tali sahaja yang perlu diikat. 4) tak terasa seperti memakai carrier ( terasa seperti memakai baju sahaja. )

Hi doktor. Tak lemas ke bayi kalau pakaikan sling menghadap ke dada kita?

4y ago

Bergantung kepada cara pemakaian baby carrier. Tidak bole terlalu rendah sendiri kepala anak tenggelam di dalam carrier, dan bole lemas. Tidak bole terlalu tinggi sehingga menutup penglihatan si ibu/bapa. Follow the T.I.C.K.S rules. Kepala anak harus "Close enough to Kiss".