Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Fadzlyana Hanif, Perunding Babywearing Bertauliah

Hi semua pengguna yang dikasihi! Kami bawakan khas kepada anda Dr. Fadzlyana Hanif, Perunding Babywearing Bertauliah dan salah seorang Admin Rasmi Laman FB Malaysian Babywearers untuk menjawab semua persoalan anda berkenaan babywearing! Tanya kelebihan penggunaan babywearing, jenis 'slings' ataupun 'carrier' yang disarankan oleh pakar dan banyak lagi soalan lain hanya di aplikasi kami. *𝐍𝐎𝐓𝐀 : Sebarang pertanyaan diluar topik tidak akan dijawab dan akan dibuang daripada ruangan komen. Soalan yang ditanya selepas pukul 3 petang juga berkemungkinan besar tidak akan dijawab oleh pakar.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Fadzlyana Hanif, Perunding Babywearing Bertauliah
25 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi assalamualaikum doctor. Saya nak tanya. Sling yang mahal memang terjamin bagus ke kualiti dia?

5y ago

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh puan. Mahal tak semestinya bagus, murah tak semestinya tak bagus. Contoh kain batik lepas untuk gendong bayi, ianya murah dan selamat untuk gendong anak. Contoh mahal, Narrow Based Carrier brand B***n, tidak menepati ciri T.I.C.K.S. Ia bergantung kepada pemilihan di tangan masing². Cuma kami sarankan setiap ibubapa untuk gali ilmu berbabywearing, fahami dulu cara pemilihan baby carrier yang terbaik untuk anak dan keselesaan mereka. Follow the T.I.C.K.S rules. inshaAllah selamat. Untuk info lebih lanjut bole join Group di Facebook https://www.facebook.com/groups/mbw.official/?ref=share