Dipaksa bekerja

Hi semua. Nk tanye pendapat lah. Sy peniaga. Tapi mmg bekerja sorang diri. Angkat barang semua buat sndiri. Suami ada kerja dia sendiri. Sblm mengandung, mmg sy byk tolong suami dari segi kewangan. Bnyak yg sy topup. Sy tak kesah sbb sy tau kemampuan dia tahap mana je. Nafkah sy pun mmg sy mntak sikit je sbb sy ada duit sndiri untuk enjoy, utk emergency, utk belanja family. Tapi start tau mengandung sy stop niaga. Sbb alahan teruk. Dari 6minggu hingga skrg dah 4bulan masih melayan mabuk. Sy juga pernah keguguran sblm ni. Masalahnye skrg. Suami keep on tanya sy bila sy boleh start meniaga. Sbb lepas sy stop niaga mmg kami agak susah. Kreta pun tak servis, scan pun hnye tunggu dari kerajaan je. Husb ckp tak mampu nak scan kat swasta. Sy rimas bila dia tanye sy bila sy boleh niaga. Dia tak tanya sy okey ke tak. Sakit blkg ke, sakit perut ke sakit kepala ke. Dia cuma tanye “ni mcm dah okey, dah boleh start niaga dah ke?” Sepanjang sy berniaga pun jumaat sabtu dia off, takpernah pun tolong sy. Dia balik rumah mak dia tidur sana. Apa patut sy ckap pada dia ye supaya jangan tanya mcm tu lagi?? Sy pernah tanye dia knape nak sgt sy niaga dalam keadaan camnih. Dia ckap kalau sy tak niaga, kita survive dngan apa yg ada jelah.

35 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

1 yang sy belajar dari pemerhatian dan pembacaan sy pasal kisah rumah tangga org lain. sy boleh ambil pengajaran yang kita sebagai isteri jangan sibuk sibuk nak ambil alih tugas suami. tanggungjawab dia menyediakan nafkah untuk sis dan anak yg bakal lahir. dia tak boleh nak suruh sis pulak share tanggungjawab tu dgn dia. segala pemberian yg sis bantu dia tu, itu dikira hutang selagi mana sis tak halalkan. kena clearkan betul2 bab nafkah dgn suami sis. tolong sangat2 jangan baik hati sangat nak share tanggungjawab suami tu. share kat dia ceramah agama pasal nafkah. banyak ceramah ustaz azhar idrus sis boleh rujuk. mula dari skrg sebelum terlambat.

Baca lagi