Dipaksa bekerja

Hi semua. Nk tanye pendapat lah. Sy peniaga. Tapi mmg bekerja sorang diri. Angkat barang semua buat sndiri. Suami ada kerja dia sendiri. Sblm mengandung, mmg sy byk tolong suami dari segi kewangan. Bnyak yg sy topup. Sy tak kesah sbb sy tau kemampuan dia tahap mana je. Nafkah sy pun mmg sy mntak sikit je sbb sy ada duit sndiri untuk enjoy, utk emergency, utk belanja family. Tapi start tau mengandung sy stop niaga. Sbb alahan teruk. Dari 6minggu hingga skrg dah 4bulan masih melayan mabuk. Sy juga pernah keguguran sblm ni. Masalahnye skrg. Suami keep on tanya sy bila sy boleh start meniaga. Sbb lepas sy stop niaga mmg kami agak susah. Kreta pun tak servis, scan pun hnye tunggu dari kerajaan je. Husb ckp tak mampu nak scan kat swasta. Sy rimas bila dia tanye sy bila sy boleh niaga. Dia tak tanya sy okey ke tak. Sakit blkg ke, sakit perut ke sakit kepala ke. Dia cuma tanye “ni mcm dah okey, dah boleh start niaga dah ke?” Sepanjang sy berniaga pun jumaat sabtu dia off, takpernah pun tolong sy. Dia balik rumah mak dia tidur sana. Apa patut sy ckap pada dia ye supaya jangan tanya mcm tu lagi?? Sy pernah tanye dia knape nak sgt sy niaga dalam keadaan camnih. Dia ckap kalau sy tak niaga, kita survive dngan apa yg ada jelah.

35 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Slm kak. Sy nk bgi pndpt sikit. Ya mmg kena keras dgn suami, spttnya akak niaga tu untuk akak.. jgn bntu lngsung dia. Sbb laki ni dia naik lemak bila tlg.. dia akn set dlm kpala bini aku ni ada duit, jdi aku blh guna duit untuk yg lain..dia terbiasa senang..Duit sis hnya beli brg untuk sis. Nafkah wjib mntk bila ckup bulan. Stu lg jgn pernah bgitau wang simpanan kita berapa. Bgitau trus terang sis tknk kerja spnjang mengadung.. sbb lain org lain bdn. Mne blh samakan dgn mak dia. Sis pon ada kes keguguran jdi bgitau je dctor x bgi kerja.. sy geram klau lelaki mcm ni. Sbb tgh skit pon blh pksa pergi kerja. Kejam

Baca lagi
2y ago

Btl sis.. lelaki klo xmatang mcm tu.. klo nak kasi pedoman kena rendam dia dlm kesusahan.. ajar dia hidup susah.. Satu lg, lelaki ni ada ego.. cpt tercalar.. blh permainkan ego dia sbg kelemahan.. Nak makan hasil bini xde mslh, tp kena tahan malu la... bila family side bini pandang serong.. kwn2 perli "kau xpela bini kaya" dan lama2 org keliling pn hilang hormat. sy bkn nak mengajar bnda xbaik, tp nak kne sedarkan suami.. hidup bersederhana.. insyallah suami klo sdr dia akan start merancang.. start bg kerjasama.. sbb suami mcm ni mcm abnormal..

Hi sis. Dalam hal ni, slow talk dengan suami. Sy doakan jgk moga alahan sis cepat reda. Mintak Allah permudahkan perjalanan pregnancy sis. Sbb isu skrg adalah sis berniaga & sumber pendapatan sis tu jgk lah yg membantu sedikit sebanyak kewangan dlm keluarga sis. Bila mcm ni, suami mungkin risau jgk sbbtu keluar soalan2 mcm tu dan dlm masa yang sama, emosi sis tak stabil asbab tgh pregnant. Paling penting kene komunikasi sebaiknya. Kalau mmg sis xblh nak berniaga dan terpaksa lalui keadaan “Kite survive apa yg ada je”, terpaksa la jgk sbb 1 pendapatan dah tak ada dlm keluarga. Apa2pun sy doakan urusan sis dipermudahkanNya.

Baca lagi
2y ago

Aamiin aamiin. Ye skrg ni mmg survive apa ada. Sbb kita nak bantu mmg tak mampu. Cuma kdang risau lah pasal anak. Husb pun mmg itu je yg dia ada. Mmg tak nafi selama ni kita bnyak kluar utk family. Sblm ni mybe husb pikir ada 2 pendapatan. Dia tak mampu, wife dia mesti mampu. Skrg ni dia tak mampu, wife takleyh buat pape. Takleyh bantu apape. Tuh dia asyik tanye je sy bila boleh niaga. Sy yg nak bersalin dia yg pikir kalau sy tak niaga mcm mana nak survive. Barang baby dalah mahal. Tapi skrg ni sy dah rasa mcm diperguna jugak lah. Lagi2 family mertua. Sblm ni sy bawak kluar belanja mcm2 sy lah disanjung. Once stop niaga je mertua ckap bukan2 pasal sy. Itu yg husb ckap sy mabuk buat buat layankan sgt badan

kesian puan. puan niat nak bantu suami & keluarga je tp jadi mcmni org salahkan puan pulak. puan cuba bincang elok2 ya dgn suami. org mengandung ni lain dgn org biasa yg sihat, boleh bekerja kuat & buat benda berat. lagi puan ada sejarah keguguran. kena bg suami faham betul. pasal scan tu takpe, selagi takda cramp & bleeding maksudnya kandungan puan baik2 saja. tunggu scan kk pun takda masalah. puan jaga kesihatan ya. ckp dgn suami baik2 yg sementara ni survive je apa ada dulu. puan jgn stress sgt, tak elok utk puan & baby. moga dipermudahkan & dpt keluar dari kemelut ni.

Baca lagi
2y ago

Aamiin aamiin in shaa Allah. Ada je berbincang tapi jadi lain. Mak dia pun buat dia percaya yg mabuk ni buat buat je. Kalau dilayan badan mmg tak jadi apa. Buat masa skrg mmg survive dgn apa yg ada je. Cuma bila sy bincang sikit pasal baby akan jadi lain. Dia akan serabut sbb bnyak benda nak kena prepare. Bersalin dia dh ckap awal2 klau mntak normal je boleh tak sbb operate dia ckap takut tak mampu. Semua org nak normal tapi sy dh dimaklum awal ada cyst, athma. Buku pun tag kuning. Ada kemungkinan juga operate utk buang sekali cyst tuh. Kita pulak yg risau kang tetbe dibiarkan kita terkapai mcm tuh. Smoga urusan ni dipermudahkan

ni dri page mufti. rasa boleh ckp kt husband pertimbangkan untuk beri belanja pada dua2 fmily. dlm keadaan duit sbrapa yg ada ni utamakan anak dan fmily dulu. lgi2 nk ada anak ni bnyak duit nk pakai. sbb suami dah trbiasa awk bayar smua sendiri.. skrg bila isteri dah brhenti ada pndapatan,bru nampk perangai.. org laki ni jgn biasakan.. biar dia tahu tu smua tanggungjawab dia..setakat mngaburi bg nafkah duit seadanya tp tak memenuhi kperluan isteri yg wajib.. dgn nampak gaya masih duduk bawah ketiak mak lgi..

Baca lagi
Post reply image
VIP Member

kalau dia dah kata survive dgn apa yg ada , so mcmtu jelaa .. x kan dia lupa apa tanggungjawap dia ? dia rasa ok survive dgn apa yg ada jadi biarkan .. dia sndiri kena ambik berat pasal tanggungjawap .. lafaz nya akad nikah , amanah tu dkt dia dah .. dia diamanahkan utk sedia segala keperluan nafkah bagai .. selagi mampu selagi boleh dia kena jalankan .. even isteri bekerja dpt duit berjuta pon , suami x blh lupa apa tanggungjawap dia ..

Baca lagi
2y ago

sabun kita je eh😂beli sabun bukan nya harini beli harini pakai trus habis🤣bukan nya bby pakai byk pon sabun tu .. beli yg botol besar mmg lama nak habis sbb pakai pon x smpai 1 telapak tgn pon .. kalau sis x larat jgn laa pksa diri .. kesian dkt baby kalau jadi apa2 nanti ..

Dah salah strategi ni awak. Sepatutnya kita as isteri walaupun ada duit sendiri kita kena susahkan jugak suami. Nak bagi dia sedar dia punya tanggungjawab sediakan semua ni. Awak tak payah la niaga tu lagi, ajar sikit husband awak tu. Geram lak. Nnti dah bersalin n kuat sikit baru niaga balik, tapi kena semat dlm otak duit awak, utk awak sorang dgn anak je. Suami awk ni dah jadi melampau sbb awak duk tolong dia

Baca lagi
2y ago

Yang dia perli awak tu jangan terasa pun. Awak pregnant takyah stress2 pasal duit ok. Biar husband je yang stress.

Based on ayat last tu, jawab la balik ‘ok, kita cuba’ and tengok apa usaha dia survive 😒 nie personal opinion saya ya, nanti kalau awak dah beranak, dah sihat, hal anak dia akan release dkt awak sebab dia tengok awak boleh buat sendiri. Kita nie jadi isteri jgn selalu tunjuk kita nie serba boleh atau pandai sangat, kadang ada lelaki instead of dia bersyukur, dia pulak yg berkepak 😌 berpada pada la dalam berdikari.

Baca lagi
2y ago

Hm mak dia pun lahai. Ingat badan semua orang sama ke 😑 mak saya mengandung bersepah stretch marks, saya satu stretch marks pun takde tapi body acne penuh. Itu pun dah membuktikan lain orang lain perjalanan mengandung. Untuk sekali ini bertahan la sis sampai lepas beranak, sakit mmg sakit tapi nak buat macam mana. Take it as a lesson. Saya faham rasa sakit, rasa tak didengari tu. Tapi sis kena kuat demi baby dalam perut, dia rasa emosi yg sis rasa. Dengan zaman ekonomi mcm nie, kewangan adalah faktor paling atas dalam hal rumahtangga. Saya pun struggle financial sebab saya tengah aktif cari kerja tiba tiba upt positive 🫠 kuatkan semangat tau.

VIP Member

laki klo da biase kite tlg die.. tetiba kite x tlg die.. cm nie laa jd nye.. die jadi cm resa gelisa..seblom nie setiap minggu bole mkn luar.. bile isteri tak keje.. xde pendapatan.. brg dpur pon tak topup. terus ayat die kite survive apa yg ade.. time kite bantu die.. happy jee.. nafka x bg. time isteri tak keje tetibe jd terkejot beruk.. aishhhh aku x bole laa klo laki cm tuu...

Baca lagi

Salah cara awk.. Awl2 awk dh manjah kn dy.. Awk ad duit sndry pn xbole cmtu.. Ttp kne bg suami ssh n pndy uruskn duit.. Xxukop dy kne usaha.. Bukan tros lps tgn n set mind ohh xpe.. Wife aq ad bole setel.. Silap besar sgt3.. Lw nk cek up sy saran selit laa kertas mnx bantuan dr doc bg cerah akal suami sis tu.. N bnd ni komunikasi sbnrnya,

Baca lagi
2y ago

Ada je bincang dngan dia. Sy ckp sy sblm ni lain. Skrg lain. Tapi dia akan tegakkan apa yg mak dia ckap. Sy prnh ckap dkat dia sy doakan sgt supaya dia rasa mabuk ni mcm mana. Itulah silap sy susah payah sblm ni niat nak tolong, sy mmg tau kemampuan dia smpai situ. Jadi mcm tak kesah sy tolong bnyak. Cuma start preg, sy stop niaga, start nak scan tu lama2 baru nampak. So mmg takde refer swasta. Fully tunggu kerajaan. Bgytau barang baby, barang kita utk beranak tuh dah nampak lah serabut dia. Ni belum lagi nak jaga pantang, akan dtg klau niaga sape nak jaga anak. Dia akan ckap mahal nye, banyak nye. Ada lah sy tunjuk dia stroller. Dia tanye sy balik mmg kena beli ke. Mandian baby pun dia tanye sy balik kalau pkai sabun kita biasa tuh je takboleh ke. Mahal lahh. Lama2 jadi terasa rasa mcm selama hidup berdua ni mcm sy je yg keluar duit

VIP Member

Kalau mcm tu, hidup je apa yang ada sis. Sb tanggungjawab, tanggungjawab suami. Bukan isteri. Nak pulak isteri skg tga mngandung. Layan pulak mabuk alahan. Mak sy pnh ckp, kalau laki tak mampu tu, buat je cara mcm tu. Ajarkan dia sikit. Sebab apa? Dia dah syiok sb isteri byk tolong.