Luah-luahan

Semalam suami ckp nak utamakan mak dia. Pastu sy cakaplah, "okay, tapi anak bini kau masih berlapar." peti ais pun kosong. Anak 10 bln mkn nasi kosong je kadang, sy agak sakit hati bila dia ckp mcm tu. Pastu dia ckp sy tak fhm agama, syurga suami masih d telapak kaki ibu. Pastu dia tampar sy kat kepala, bila sy nak bcakap, dia pukul sy kat lengan, dia pukul belakang sy. Sy diam je, mls nk bcakap. Tp harini kepala & blkg sy sakit sgt. Biar je lah dia nk utamakan mak dia, mak dia yg tk pernah hormat sy tu. Selamanya sy takkan maafkan org2 ni. Update : Sy dah suruh dia masuk perut mak dia balik. 😌

14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Tiap kali u kena pukul, ambil gambar kesan pukul tu, lagi2 kalau ada lebam/luka. Gi klinik kesihatan, cakap nak ubat sapu sebab kena pukul, biar ada rekod klinik/hosp. Nak kaw lagi, gi balai polis, buat cover report. Then gi pej agama, minta sesi kaunseling/apa2 yang perlu. Apapun jangan stop doa yang baik2 ye, u dikira as isteri teraniaya, doa isteri & doa orang teraniaya tu makbul, insyaAllah. Dia belajar agama sekerat jalan. Islam tak ajar pukul bini, islam ajar santuni bini, berikan nafkah secukupnya pada bini, ringankan beban bini yang dah membantu dalam urusan rumah tangga, dengar pendapat bini, gurau senda dengan bini, etc2. Orang yang belajar agama sekerat jalan + ego melambung + nafsu amarah kuda memang sikap macam tu, dah banyak jumpa...maaf cakap, kadang dari golongan tahfiz agamawan tabligh pun ada ye yang bersikap gitu. Hope u tough, sis. Allah always be with u.

Baca lagi
TapFluencer

dia yang tak faham agama. nafkah utama suami patut pada isteri dan anak2. dah cukup makan pakai tempat tinggal, baru boleh nak utamakan mak. kalau isteri anak2 pun malnourished, maksudnya dia belum ada daya nak utamakan mak dia. plus, agama mana dia anut ajar pukul isteri mcm tu? belajar balik cara nabi2 "pukul" isteri mcm mana. rekod semua yg jadi sis. just for future reference. doa, istikharah banyak2, moga ada jalan terbaik Allah lorongkan untuk sis & anak.

Baca lagi

sis bg video dkt husband psl nafkah, or sis bukak kuat2 masa sebelah dia bg die dgr. geram btul org mcm ni. dh kawen pun still xreti pasal nafkah tp sis sorry, bg sye once husband dh start angkt tangan dgn wife, tanda redflag sis. skali dia buat tkut nnt dia akan buat lagi dan lagi. buat istikarah, fikir untk diri sis and baby, jauh lgi perjalanan kita sis. semoga yg baik2 untk sis n baby 🫶🏻

Baca lagi

Memang betul syurga suami masih d telapak kaki ibu, tapi nafkah suami pada isteri dan anak-anak tu WAJIB. Pakaian, tempat tinggal dan memberi makan. Semua dilakukan mengikut kemampuan. Dua perkara yang berbeza kalau nak dibandingkan pun. Tampar kepala, pukul lengan dan belakang adalah memudharatkan isteri. Berdosa hukumnya.

Baca lagi

Cuba awk pegi pej agama, minta pandangan sbb nafkah utama wajin bg isteri. Ada lebih br bg mak. Maksud syurga di bwh kaki mak tu bab taat, jaga kebajikan dll tp wajib dahulukn anak bini dlu. Biar org pej agama sekolahkan dia. Nak2 dia dah pukul awk tu baik buat cek up nti apa2 senang awk dh ada bukti

Baca lagi

Bila dah kena pukul tu terus g clinic then buat report polis. Report tu penting for future reference. Buat senyap2 pun takpa. Lelaki ni sekali dia naik tgn mmg akan naik tgn lagi. Malah makin kasar nanti.

Suami awak tu menuntut ilmu agama sekerat2 ke? Srh dia pergi belajar balik, nmpk bebal sgt Bab nafkah utama kan 1. Isteri anak2 2. Ibu Bab hormat baru lain Nak jadi ketua keluarga tp ilmu xbetul

Baca lagi

kumpul bukti,kumpul saving, sampai masa angkat kaki sis. jgn pernah teragak nk stay demi ank dgn laki mcmtu. percayalah,masa dpn ank insyaallah lebih baik tanpa bapak mcmtu

sampai naik tangan tu semata mata nak pertahankan mak dia tu dah pelik sis. sis kena pilih jalan terbaik untuk sis and anak . kalau dah tegur tp tak dengar susah tu sis .

Dia yg tak fhm agama.. syurga mana yg dia nak masuk tu kalau tanggungjawab isteri dan anak dia tak laksanakan . Bagi je dia kat mak dia balik habis cerita