hi semua. nak tanya mommies yang pregnant jarak dekat. macam mana ya korang tinggalkan anak sulung korang masa nak pergi beranak nanti? saya ni mengenangkan saat saat nak kena tinggalkan anak tu nnti pun saya dah menangis terus peluk anak. btw saya suri rumah, anak memang sepenuhnya 24 jam dengan saya. and dia memang manja dengan saya berbanding org lain. terlalu manja. anak saya breastfeed, alhamdulilah dia dah minum botol skrg. cuma breastfeed ni mmg manja nya memang melebih lebih even skrg ni dia dah minum botol pun, malam malam tu kalau dia nak tidur tu mesti kepala nya merapat kt saya. bersentuh dengan badan saya. kalau tkda mmg terjaga.
insyAllah nnti saya bersalin kan adik dia, dia dah umur 1 tahun 6 bulan. nak tanya la budak umur 1 tahun 6 bulan tu dah okay ke nak tinggal dengan org yg dia jarang tinggal. mungkin dia akan tinggal dgn mak saya and husband. tapi saya tetap risau la, sebab walaupun dia dengan husband dia tetap cari saya. kkdg saya ke dapur pun menangis nangis mcm kena pukul nak ikut. walaupun kt depan tu ada bapaknya. dia rapat je dengan bapak dia. tpi tulah no matter what dia tetap nak saya.. saya rasa sebak sangat nak tinggalkan dia nnti. lagi 5 bulan lebih je. belum cerita kalau beranak czer mesti lama kt hospital nnti. :(( tak sanggup nya saya nak pisah dengan anak. dah la saya ni cenggeng. rasa nak beranak kat rumah je sebab tknk pisah dengan anak. saya mmg dari dia lahir tk pernah saya tinggalkan dia. kemana mana angkut. ada urusan ke, ke kedai runcit ke, beli barang dapur ke semua saya bawa dia. sbb dia fully bf kan, so mmg susah nak tinggal.
so macam mana ya mommies yang pregnant jarak dekat tu tinggalkan anak first? any tips, nasihat, or kata kata semangat. doakan saya dapat bersalin normal. sbb nak balik cepat cepat, tk sanggup tinggalkan anak.
Anonymous