Berpisah tempat tidur dengan suami, korang ok tak?

Hi, nak tanya korang ada tak anak yang tidur sekali dengan korang. Baby lagi. Baru 10 month, fully bf. So chance utk pisah tempat tidur tu memang susah. Sbb dia malam malam akan bangun setiap 2 jam cari nenen. Cuma nak tanya, korang ok tak kalau suami tidur kt luar, kt sofa. Saya tk suruh pun husband tidur luar, dia sendiri nak tidur luar. Takda ruang katanya hmm. Sebab saya memang tk ok, kalau husband tidur kt sofa, berpisah tmpt tidur. Since saya pun membesar dengan parents yg tidur asing asing bilik. And pernah tgk sendiri, mak ayah bergaduh sebab salah sorang dorang curang.. kalau dah tak tidur sebilik, memang benda mcm tu mmg mudah sangat sangat terjadi. So saya sedikit sebanyak trauma dengan keadaan yang pisah tempat tidur mcm ni. Sebab bagi saya, everything bermula dri bilik tidur. Bilik kelamin husband and wife. Kalau dah tidur luar, pillowtalk memang takda. Peluk peluk, manja manja memang takda. Lama lama benda ni jadi normal. Dalam seminggu tu husband tidur dengan saya and anak cuma 2 kali je kot. Lain lain nya tidur luar.. plus sekarang ni, mak saya duduk dgn kteorang. So privacy tu memang takda. Nak manja manja kt ruang tamu ke, nak makan suap suap kt meja makan mmg akward sangat. Sebab yela mak pun ada sekali kan. Agak akward. Rasa macam bilik ni jela privacy kami suami isteri. Tapi husband asyik tidur luar je. Dia mcm tk fikir langsung benda ni. Hubungan pun makin lama makin rengang. Asyik bergaduh.. hari hari gaduh. Ada je benda yg tk kena.

10 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Memang kalau tidur bertiga sempit. Nak kalih pun susah. Tambah saya tidur tengah tapi dari anak lahir sampai sekarang memang tidur sekali. Cuma baru2 ni kami beli katil satu lagi tambah. So memang luas dah boleh guling. Tapi biasa lah katil luas pun kita yang tengah memang kena berimpit jugak. Kalau taknak tambah katil boleh tidur bawah ja lagi selamat. Cuma berbincang dengan suami. Lama2 nanti dah terbiasa tidur asing lagi susah nak mulakan tidur sebilik balik. Tak baik sebenarnya suami isteri tidur asing. Kita isteri ni nak jugak dipeluk walaupun dah anak ramai kan. Semoga baik2 sahaja

Baca lagi

saya sekarang tdor luar sekali dgn husband.. lagi pun baby tgh lasak, xberani nak tdur anak katil.. baby saya 10bulan jgak dh merangkak, n dh start berdiri sendiri.. takot kalau tdor tmpat tggi. so saya n suami letak tilam dekat dpn tv. n kami xbg sapa2 pun dtg melawat sbnya tilam ada depan tv. pastu saya pulak tdor tgh sb suami takot dia tertidur atas anak... so far ok. cuma rumah mcm semak lah dh tilam dekat depan tv. saya nak angkat ubah hari2 mmg xlarat la tilam ni jenis berat.

Baca lagi

boleh beli katil baby yg jenis boleh bersambung dgn katil awak. bukan baby cot. nnt baby letak dlm katil tu. dn husband boleh je tido sekali. saya pjj dgn husband dn sy ada 2 anak. mmg both anak tido sekali dgn sy. bila husband sy mmg dia akan tido sekali satu katil. husband okay walaupon ruang agak sempit. dan dia tinggi😅. kira kami 4org tido satu katil. anak 1st 2tahun++ dan anak 2nd 9m. anak2 sy letak dkt posisi selamat supaya xjatuh katil.

Baca lagi
1y ago

nak lg mudah. awak tido sekali dkt luar dgn dia. lapik toto. inn shaa allah, awak dn suami baik2 sja okay🫰

Saya pun tidur dgn anak umur 10 bulan. Sekali duduk rumah mak, pindah sejak abah sakit and meninggal. Suami masih tidur sekatil, cuma ruang a bit terhad. Even anak saya fully fm. Manja2 ada je, kadang saya ngusik dia minta kiss pipi dpn mak ke apa ke 😂 kdg mak suruh gi beli brg berdua dgn husband, anak tinggal rumah. Btw bed frame saya dah buka, tinggal tilam atas lantai since anak saya rajin merangkak dan memanjat.

Baca lagi

Saya tak okay. Tapi husband saya kata takpe, untuk keselesaan saya dan anak katanya. Jadi saya ambil inisiatif untuk tidur kat luar sama-sama. Kami bentang toto tidur 3 beranak kat luar. Hehe Bagi saya, tak semestinya tak tidur sekali tak boleh sweet2. Komunikasi antara suami isteri tu yang penting. Awak dan suami yang kena sama2 cari ruang dan peluang untuk spend time together. Semoga dipermudahkan urusan 🌹

Baca lagi
TapFluencer

Sama je sy tpi kami msh tido sekatil cuma kalau anak lasak n papanya tak selesa baru dia pindah bawah. Kdg3 kesian juga tapi sy pksa je dia tidur atas skl. So sy kena baring lurus mengiring je kalau lasak2 xbole sbb anak dh makan space yg besar takut xmua utk papany😂sy pon mlm bf juga. Kdg klo df tu mmg sy akan alih dia bgi tidur good girl sikit sbb sllu dia tidur mcm dia sorang je punya katil😂

Baca lagi
1y ago

Oh ya tambahan sy beli penghadang katil juga supaya klo mcm dia tgh bangun ke nk bermain takdelh risau time tidur tu.

bby sye pun 10 month.. ktorg b3 tdo 1 katil yg sme.. ye btol ble ade anak nie memg hubungn tu x mcm dlu.. tp kne pndai cri mse utk sweet time b2.. walaupun kdg2 masg2 penat.. klu rse mcm hbungn tu makin jauh/xde sweet time tgether, bgtw hsband.. cpt2 perbaiki masalah yg ade..

1y ago

Yes, memang dah rasa hubungan makin jauh. Since tak tidur sekali. Baru baru je husband kerap tidur luar ni. Mcm dah dua bulan la kerap tidur luar. Sampai saya ckp kt husband malam tadi, sedih sebab saya je yg peduli benda benda mcm ni. Dia mcm lantak la tidur sekali ke tk. Bukan masalah bagi dia. Masalah sangat bagi saya yang dari broken parents ni. Sbb parents saya till now, masih bersama. Cuma tak duduk bilik sekali. Dari umur saya sekolah rendah, till dah umur 25 ni tk pernah nampak la mak ayah tidur sebilik.. trauma gila.

Sy baru pindah rumah, so tilam yg ada cuma tilam single suai utk sy dan baby.. tp husband tetap tidur bersama kdg bersempit belipat2 badan dan kdg husband tidur lantai.. yg penting tdur masih bersma, sbb husband yg buat susu utk baby mlm.. tkde chnce tdur luar

Sypun tido skali dgn baby 9 bln. Nk beli baby cot husband kate bazir nti kejap je guna tp sbb katil king jd ruang cukupla utk bertiga. Saya setuju beli katil yg attach dgn katil kita tu. Ade tgk kt shopee. Sy plan setaun nk tido asing. Hrp okla nti

tak okay sis. kena bincang dgn suami. sebab yg patutu dipisahkan adalah anak. tapi since anak bf, Sy faham. boleh usaha cara lain. bf anak dekat bawah, suami isteri atas katil or apa2 yg lain