Macam mana nk wean off

Hi mommies. Saya ada berbagai bagai masalah. And hopefully ada mommies yang boleh bagi pendapat masing masing. Saya skrg preggy 8 week. Due date 05/2024. Masalahnya skrg, saya ada anak yang umur 11 bulan and still breastfeeding plus sangat kuat mengempeng. So nak tanya mommies yang berpengalaman anak jarak dekat dekat ni. 1. Macam mana nak wean off baby yang memang fully bf. Saya ada baca dlm group ni jgk, and ada mommies yang cakap baby kalau dah fully bf mmg susah nak minum botol huhu. Saya dah banyak kali cuba bagi botol. Dah tukar dua kali brand susu. Dah tukar puting botol susu. 2. Macam mana nak stop kan baby mengempeng. Silap saya dah tahu baby jenis mengempeng tapi dari newborn tk bagi pacifer. Saya sebenarnya mmg nak bagi pacifer. Dah beli, tp nenek nya tak bagi guna. Saya sumbat je nenek nya keluarkan. Lama lama baby dah besar dah kenal mmg dah tknk dah pacifer tu. Sebab anak saya kalau nak tidur mmg wajib mengempeng. Selagi saya tak bagi cap gantung saya ni, mmg dia tak boleh tidur. Dia sanggup menangis even 1 jam pun dia boleh nangis. Kkdg saya rasa anak saya bukan nya menyusu pun sbb susu saya mmg dah nak kering. Tukang urut hari tu cakap, susu saya dah takda sangat. Saya rasa dia hisap hanya utk mengempeng. Mengempeng bukan sekejap sekejap. 30 minit, 45 minit nak boleh lepas dari mulut dia. 3. Macam mana nak bagi baby tak kerap terjaga waktu tidur malam. Dia mmg setiap malam terjaga. Sampai saya tk cukup tidur. 2 jam sekali, kadang 1 jam sekali. And kalau dah terjaga tu, kalau tak mengempeng mmg tak sah. Dia boleh menangis melalak mcm kena pukul kalau tak masukkan puting dlm mulut dia. Saya risau, sebab yelah pejam celik pejam celik je sampai lah bulan 05/2024 tu. InsyaAllah kalau saya kira kira nanti bulan 5 tu umur dia 1 tahun 6 bulan. Saya pun tk tahu macam mana situasi nya nnti, kot la dia dah besar dah okay sikit ke sy tk thu la. Tapi banyak saya baca nak wean off baby yang fully bf mmg susah, that why saya ikhtiar dari sekarang cari solution sbb saya nak beranak dengan tenang nanti. Saya skrg asyik stress fikir macam mana la nak tinggalkan dia kalau saya beranak nti. Belum lagi kalau kena warded lama. Mcm mana la bapaknya dan nenek nya nak handle dia. Plus saya housewife sepenuh masa. So memang dia manja sangat sangat dengan saya berbanding org lain. Tak pernah saya tinggalkan dia lebih dari 1 jam. Lps ada dia sy tak pernah la g tgk wayang berdua dengan husband ke apa ke. Berdating makan berdua tkde. Kemanam mana mmg angkut je dia. Even saya masuk toilet pun dia tunggu depan pintu, kena bercakap dengan dia baru dia diam. Huhu. Tlg ye mommies yang ada pengalaman. InsyaAllah saya baca semua comment comment. P/s ; jangan kecam ye mommies saya pregnant jarak dekat. Saya dah merancang. Tapi allah lagi maha mengetahui. Saya merancang, allah juga merancang yang terbaik utk saya. Takkan la saya nak gugurkan pulak kandungan saya ni. Baru 8 week pun saya dah sayang sangat sangat. Hari hari saya tgk gambar scan tu. Dah namanya anak, siapa tak sayang kan 🥹

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

nk thu jugak.. masalah awk sama mcm sy.. sy pun jarak dekat.. ank pun umur 11 bln.. skang sy pregnant 20 mggu lbih.. due awl bln 3/2024.. slalu xckup tidur