Trimester pertama boleh berdiri lama ke?

Hi semua, nak tanya boleh ke waktu trimester pertama ni kita berdiri terlalu lama contohnya memasak? Kadang saya memasak sampai satu jam, satu jam la saya berdiri. Bila habis masak baru terasa penat sangat, pastu rasa nyeri di pinggang. Bahaya tak kalau berdiri lama macamni? Saya risau sebab sebelum ni pernah ada history misscarriage waktu first pregnancy.

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

seeloknya trimester pertama ni jangan berdiri lama secara berterusan, tapi kadang2 tuntutan kerja, kita terpaksa gagahkan diri jugak.. saya dulu pun masa trimester pertama berdiri, berjalan dan buat kerja non stop berjam2, alhamdulillah Allah kuatkan.. kalau macam masak dekat dapur, mungkin puan boleh sediakan kerusi dekat dapur, jd masa potong2 tu boleh duduk sekejap.. atau masa hujung minggu duduk dan sediakan bahan sahaja, jd masa memasak hari2 tu akan berkurang..

Baca lagi

biasa trimester pertama kena rehat byk... trim kedua ketiga boleh aktif sikit