Nak meluah sahaja 😢

Hi semua. Nak meluah dan nak comfort words sikit dari ibu ibu semua. Tadi saya ada bincang kewangan family dgn husband. Lately ni memang mcm sesak sikit sebab komitmen untuk anak sulung + tgh preggy 2nd baby 20w. Nak prepare barang utk bersalin lagi nanti. Tetiba suami saya cakap "susah camni, u gi cari duit sendiri la" and terus tarik selimut tidur. Allah macam kena siat hati. Tersentak dengar, airmata pun keluar tak keluar je sebab terkejut sangat. Btw saya memang bekerja dulu. Tp lepas pregnant anak sulung saya resign sebab alahan teruk and sampai sekarang tak kerja. 100% depends dekat suami. Saya memang rasa saya ni beban sbb tak membantu pape dari segi duit. Dia pun selalu puji wife kawan2 dia yg bekerja dan gaji besar. Indirectly nak cakap yang saya takda income so sebab tu cukup cukup makan je. Tapi tak sangka tadi dia terus cakap camtu. Sakit dada nak tidur pun tak boleh selagi tak meluah sebab tak tahu nak cerita kat siapa 😭 Ada tak dekat sini housewife yang buat duit dekat rumah? Boleh share? Sbb saya rasa nak kena cari duit juga, rasa diri ni beban sangat dah...

28 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

ayah pernah cerita kat tempat keje dia ada kwn tempat keje dia lelaki, yg mngeluh, ckp isteri dan anak2 kat rumah tu beban je, mmg kena sekolahkan dgn ayah org mcm ni..sis, nk ubah sesuatu kena ubah dr diri sendiri, mcm mana caranya? hidup kita ni milik Allah, kembali kpd Dia, kalau sebelum ni mgkin kurang amalan kita wajib dan sunat kat mana2 boleh mulakan dr situ, insyaallah bila kita berubah dan doa spy suami pun berubah, mgkin keadaan boleh berubah..tk rugi kalau langkah perubahan yg ni kita ambil, mgkin kita tk dpt dunia mcm org lain dpt tp sekurang2 nya kita dpt akhirat yg mgkin org lain lupa atau tinggalkan..kejar dunia pasti dpt dunia, kejar akhirat insyaallah akan dpt dua2 nya , niat dlm hati kena betul, insyaallah perubahan pasti dtg

Baca lagi