Luahan hati pasal rumah tangga. Taknak duduk dengan mertua

Saya tak tahu nak luah dekat siapa so saya luah kat sini . Dulu before kawin suami cakap nak duduk dengan mak dia setahun je. After setahun baru duduk sendiri sebab bila duduk dengan mertua dapat la kumpul duit sikit sikit. Sekarang saya mengandung tak sangka juga allah beri zuriat anak secepat ni. 2 minggu kawin terus lekat anak dalam kandungan. Bulan depan saya dah bersalin. Now kitorang dah 8 bulan kawin. Bulan 5 nanti genap la setahun. Tapi suami mcm taknak duduk sendiri sebab katanya takde duit nanti kos hidup lagi tinggi. Baik duduk dengan mertua so tak de la hidup ni susah nanti. Mak mertua saya baik je takde masalah apa cuma saya nak hidup privacy saya nak duduk sendiri. Lagi pun suami saya dua beradik je dengan abang dia. So dalam rumah saya kene pakai tudung. Bulan 8 nanti abang dia dah nak kawin and duduk satu rumah dengan mertua juga. Hati saya lagi membuak buak untuk keluar dari rumah nak duduk sendiri. Tapi suami saya selalu risau tentang duit sebab gaji dia rm2300 je bersih. Kami tinggal di bandar. So gaji memang cukup cukup makan je. Berdosa ke kalau saya nekad untuk duduk sendiri juga? Saya sedih la saya nak hidup yang ada privacy. Pernah bagitahu suami nak duduk sendiri ada privacy sikit tapi husband cakap mcm ni “ sibuk je nak fikir privacy dia” saya sedih sebab husband tak faham. Dulu before kawin janji nak duduk setahun je dengan mertua. Tapi sekarang mcm takde bayang apa pun untuk duduk sendiri. Saya tak berani nak cakap pasal duduk sendiri dengan suami saya lagi sebab malas nak gaduh. So saya just luah kat sini. Kalau mommy sekalian ada pandangan tolong la komen. Saya buntu tak tahu nak cerita dekat siapa. Saya taknak la share rumah tangga dekat orang yang saya kenal nanti saya berkira dosa aibkan suami sendiri. Tolong bagi pandangan untuk saya🥲#pleasehelp #bantusharing #bantusharing #ingintahu

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

pada sy jika mertua baik, takda masalah. mmg agak leceh kalau keluar bilik kena pakai tudung apa semua tp nk mcm mana kan. kita kena jaga aurat kita. lain la kalau jenis tak kisah, tu lain cerita. ttg ddk bandar, kerja sorang & gaji 2.3k mmg tak cukup. jujur ckp. sewa rumah bandar dah cecah 7-800 sebulan. tu baru sewa, belum kos2 lain. dah sewa takkan ddk rumah kosong. nk beli brg rumah pun makan ribu2 juga zaman ni. bila ddk rumah mak, mmg duit tu boleh save. tu pun sis ckp cukup makan. ni lg nak ada baby jap lg. lg byk pakai duit. saranan sy, sis sabar je dulu. since sis pun nak beranak dah. tak perlu serabut. sis nak privasi, ddk je bilik. Insha’Allah mak mentua faham yelah dah sarat mengandung. sis pun ckp takda masalah dgn mentua. cuma masalah privasi yg sis rasa mcm tak bebas. sy faham je sbb awal2 dulu pun sy ddk rumah mentua. sy takut kalau sis nekad nak ddk sewa luar, mcm2 masalah lain pula jadi. terutama masalah kewangan. kecuali mmg ada duit lebih, tu takda masalah. mmg kewajipan suami kena sediakan tempat tinggal utk isteri tp tu jika dia berkemampuan. dgn kadar gaji & kos hidup skrg ni, sy rasa suami sis belum mampu nak sewa luar. dlm masa sama sis boleh pujuk lg. cuba cari rumah sewa sekitar yg berpatutan & cadang kt suami. sy doakan moga semua dipermudahkan & berjalan lancar. sis jgn stress2 ya kesian baby nanti kt dlm muka berkerut hehe☺️

Baca lagi
1y ago

so persoalannya dpt saving tak ddk rumah mertua ni? kalau cash flow sama mcm ddk sendiri, better ddk sendiri je. lgpun rumah dah ada, tinggal duduk & teruskan bayar sahaja. cuma kalau awk plan nk resign lepas bersalin, taktau la kewangan korang mcm mana pulak. unless awk mmg dah ada saving yg byk. kdg laki ni risau sbb sebelum ni semua serba serbi dah ada, semua mak ayah ada. lepasni kena gerak sendiri nanti takut itu takut ini. kalau awk mmg nk, kena bertegas lah. cuma kena jugak list pro & cons nya. sbb ddk sendiri ni mmg lain, semua pun kena sendiri2.

sis ada kereta atau mto tk kna byr? ada bnda lain lg tk kna byr. kalau ada lebih baik duk ngn mentua. tkpun dduk dgn mak sndri. tkut tk ckup duit je. mcm sy bulanan kereta 500 rumah 450 api 35 topap 70 minyak kereta 150 myk mto husb g kerja 150 rokok 60 balik rmh mentua/rmh mak 50 maintanance mto 100 kdg lebih(mto lama sllu rosak) . belanja rumah 600. myk hitam kereta skli tkr 300. maintanance kereta lg . gaji baru 1600- 2000(ikut ot, kdg ada ot kdg kilang tkdk ot) husb tk mkn kt tmpt kja. balik mlm bru mkn. roadtax mto trtungak dh 3 bln. bila nk byr roadtax kereta pling truk skli. skrg mndung 33 week , brg bby bru bli baju je dgn pampers . barut lampin tungku pad ibu byk lg kna bli. sy yg duk kt rmh pun serabut psl duit, suami lg serabut . stiap bln duit tk ckup. sy mcm sis la dduk asing sbb nk privacy. rmh mak ada abg dgn bini dia, bini dia nk kna pkai tdung plk hri2. rmh mntua ada adik ipar laki,sy plk kna pkai tdung hri2. sis pkir la baik2 . kos sara hidup tinggi skrg . tkutnya nnti sis serabut psl duit plk. bby bkl nk kluar tu kna pkai duit byk.bila ada ank susu pampers lg nk kna topup stiap bln

Baca lagi
1y ago

Untuk comitment husband dia takde hutang kecuali hutang ptptn je 100 lebih sebulan dan hutang asnb 600 lebih sebulan. Saya pun takde comitment kereta dah ada. Rumah di bandar pun ada bulanan around rm600 je sekali dengan maintanance rumah. Sekarang saya sewakan rumah tu dekat orang sebab husband nak duduk dengan mertua kan sebab boleh jimat kos tak perlu bayar sewa rumah. Saya pun bekerja juga gaji bersih rm2400. Tapi plan nak resign lepas bersalin nak focus jaga anak. Terfikir nak mengasuh baby lain juga so dapat la side income jugak. Husband risau nk duduk sendiri sebab tak cukup duit. Saya mmg nak topupkan mana tak cukup tapi saya taknak la inform dia. Sebab saya takut nanti dia jadi mcm orang lain. Bila partner dah tolong suami jadi lupa tanggungjawab sendiri. Tu saya diam je tapi mmg saya niat nak tolong dia kalau duduk sendiri

sama la kita sis. saya due bulan 3. baru sebulan ddk dengan mertua pun dah tak selesa sangat2. ddk bilik mcm stor kecik takde tingkap takde katil cuma tido atas toto je. tandas kat luar bilik sebelah dapur nak mandi pagi mmg tak selesa sbb dorang semua memang jenis morning person pkl 7 kat dapur dah siapkan makanan dahtu mcm mana kita nak kemban mandi kan. at last, mertua taknak bercakap sbb kadang2 ada je kitorang terbangun lambat. since kita pun pregnant dah sarat ni perlukan banyak rehat tp orang lain tak faham keadaan kita. nak juga kita contribute dalam semua benda, bila husband suruh rehat takyah fikir pasal dorang lain pulak jadinya. last2 saya cakap dengan husband nak stay ddk dengan mak ayah je dulu untuk elakkan keadaan menjadi lebih tegang antara kami dengan mertua. alhamdulillah sangat sebab husband faham kan. doakan kami jugak ye. kami pun tengah struggle juga cari duit utk rumah sewa n keperluan baby. Bukan tak fikir kewangan, tp utk elakkan lagi pergaduhan saya rasa better saya ddk asing je lepasni. awk pun kuat yee ❤️ kita cuma nak orang faham je situasi kita sebenarnya.

Baca lagi

Mcm sy first2 kawin mak mertua stay skali , lagi2 baru kawin en nk privacy , sy xselesa nk kuar bilik nk buat apa pon susah , kang buat ni xkena tu xkena , then sy nekad sy bgtahu suami sy nk balik rumah parents sy buat 2 3 hari mcm tu , sy bg alasan sy tertinggal barang , suami stay penang rumah parents sy di shah alam , tapi sebelum sy nk kuar rumah tu sy dh bgtahu husband kita baru kawin nkkan privacy , yela nk pkai sexy kang mak mertua ada…tkkan nk tutup je yela kalau dengan husband je kat rumah kita boleh buat apa yg kita nk , kalu ada mak mertua…sat g rapat sikit ngan anak die jeles pulk en HAHAHAH , sbb mak mertua sy ni kalau sy berkepit je dengan husband mesti die nk sebok alhamdulillah la now mak mertua xdok skali dh

Baca lagi

bagi saya sis diamkn je dulu ..dh jadi hal nnti baru husband sis blh perfikir tu ..risiko ddk mak mertua Ipar duai sangat tinggi ..

Mcm lgi better duduk sndri je, sbb ckp ad income dri rumah sewa kan?