Nak meluah sahaja 😢

Hi semua. Nak meluah dan nak comfort words sikit dari ibu ibu semua. Tadi saya ada bincang kewangan family dgn husband. Lately ni memang mcm sesak sikit sebab komitmen untuk anak sulung + tgh preggy 2nd baby 20w. Nak prepare barang utk bersalin lagi nanti. Tetiba suami saya cakap "susah camni, u gi cari duit sendiri la" and terus tarik selimut tidur. Allah macam kena siat hati. Tersentak dengar, airmata pun keluar tak keluar je sebab terkejut sangat. Btw saya memang bekerja dulu. Tp lepas pregnant anak sulung saya resign sebab alahan teruk and sampai sekarang tak kerja. 100% depends dekat suami. Saya memang rasa saya ni beban sbb tak membantu pape dari segi duit. Dia pun selalu puji wife kawan2 dia yg bekerja dan gaji besar. Indirectly nak cakap yang saya takda income so sebab tu cukup cukup makan je. Tapi tak sangka tadi dia terus cakap camtu. Sakit dada nak tidur pun tak boleh selagi tak meluah sebab tak tahu nak cerita kat siapa 😭 Ada tak dekat sini housewife yang buat duit dekat rumah? Boleh share? Sbb saya rasa nak kena cari duit juga, rasa diri ni beban sangat dah...

28 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Allahh, semoga awk terus kuat ya. Banyakkan istighfar. Untuk persiapan baby beli yang penting je. Pamper dan tisu basah je. Dengan barang berpantang ibu. Kalau sabun mandi tak perlu pon. Anak saya 3 bulan tak pakai sabun lagi. Sebab anak kulit sensitif. Dengan minyak telon baby. Baju guna baju sisulong dulu. Saya memang dari awal memang suri rumah tapi ada pendapatan. Semua buat dari rumah. Kadang tak perlu banyak pon kita dapat. Sekadar cukup untuk diri kita dan belanja anak. Sekarang saya buat Choco Albab dari rumah. Banyak teknik diajar. Teknik vendor paling saya suka. Biarkan keperluan rumah suami yang sediakan. In shaa Allah, akan cukup segala. Moga Allah mudahkan urusan awk sekeluarga

Baca lagi