bela perut

Semalam balik rumah mak mertua, kebetulan saya mengurut kaki dekat sana sebab lenguh sangat kaki. Nak sembahyang pun struggle sangat nak bangun dari sujud. Kebetulan masa mengurut tu, mak mertua tanya makcik urut tu boleh bela perut tak. Mujur makcik urut tu kata tak berani nak buat sebab tak pandai. Saya debar dah masa tu. Memang tak nak pun. Pastu mak mertua kata dekat kejiranan tu ada yang reti bela perut. Minggu depan mak mertua saya cakap lah dengan acik tu, nanti datang lah bela perut. Saya cakap lah in shaa Allah jela. Pastu dalam kereta otw balik rumah, saya bagitau lah suami saya yang mak dia nak bawa saya pergi jumpa acik mana entah nak bela perut. Saya cakap lah dekat suami saya yang saya tak nak. Lagipun nurse pun ada pesan jangan nak bela bela perut apa semua tu. Lagipun melalui scan pun dah tahu dah baby songsang ke uri dekat atas ke bawah ke. Pastu saya tanya suami saya macam mana ni. Mujur suami saya kata, kalau tak nak, tak payah lah pergi. Buat tak tahu je. Alhamdulillah suami saya jenis tak mengikut je apa kata mak ayah dia. Saya pun lega dah lah. Mommies dalam ni ada ke yang bela perut masa mengandung?

16 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Berapa week ? Klau 30 week ke bawah boleh pusing lg Try sujud lama2 Doa bnyk2 Bnyk sembang dgn baby

Baca lagi

mak mentua sya ni Jenis suka nak melarang jgn kata dia jgn nak buat urut apa nanti lain pulak

Haih macam2 lah… Nasib baik lah mak mertua aku jenis mak modern 🤣🤣🤣

bela perut tu apa ya?1st time ni sy dgr 😅

2y ago

setahu sy hospital pon akn ade buat proses mcm tu..tp xsemestinya bjaya..tp kalau hospital yg buat kite pcaye la..makcik² bidan ni tkt jugak nk buat ngn dorang 😅

makcik kampong suami sya pantang dia bagi tau jgn di urut apa semua

😅