CEGAH SEBELUM TERLAMBAT!
Selamat pagi para pengguna! Memandangkan virus influenza masih aktif, mari lah kita bersama-sama ketahui bagaimana cara untuk elak dari terkena wabak virus ini. Langkah-langkah awal perlu diambil agar kita sentiasa terhindar dari virus ini mahupun penyakit yang lain. Bukan untuk anda sahaja tetapi untuk keluarga dan anak-anak anda juga. Sebarkan langkah-langkah ini agar dapat kita membantu dan beri manfaat kepada orang lain.