Sesi khas untuk ibu. Ibu, apa luahan/rahsia anda ?
Hi selamat mommies semua๐ฅฐ Adakah anda mempunyai luahan hati yang dirahsiakan daripada pasangan anda? Jika ada, jom kongsikan luahan/rahsia hati anda bersama kami di ruangan komen bawah. Kami sentiasa ada bersama dengan anda untuk mendengar luahan hati anda di sini. *๐๐๐ง๐๐๐ค๐๐ง '๐๐๐ง๐ฉ๐ ๐๐๐ฆ๐' ๐๐ญ๐๐ฎ '๐๐ง๐จ๐ง๐ฒ๐ฆ๐จ๐ฎ๐ฌ๐ฅ๐ฒ' ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐ง๐๐ ๐ค๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข๐ค๐๐ง ๐ฅ๐ฎ๐๐ก๐๐ง ๐๐ง๐๐ ๐๐ข ๐๐๐ฐ๐๐ก ๐ฒ๐.


Setiap hari dalam hari2 saya, saya berdoa agar dikurniakan ganti seorang suami yg jaaaauh lebih baik daripada suami yang sekarang. Saya dah tawar hati dengan suami. Dah lah sepanjang berkahwin, dia tak bekerja. Saya, isteri yang tanggung segala perbelanjaan rumah. Bagi duit kat dia lagi. Saya yang bayar sewa rumah, bil air segala. Beli keperluan makanan. Suami tak pernah bagi nafkah berbentuk wang. Nak bagi macam mana, dia tak bekerja. Dia yg pilih untuk tak bekerja. Bukan sebab hilang kemampuan. Dia menipu mak ayah dia lagi, dan semua orang. Cakap dia kerja. Padahal.. Saya je yang tau. Keluarga saya dah start suspect something wrong dengan dia. Dalam diam2, kakak saya yg lawyer tu dah siasat tempat kerja suami saya yg dia claim dia kerja kat situ. Kakak saya dah tau, dia tak kerja pun kat situ. Itu pun adik saya yang bagitau saya. Segala perjumpaan keluarga saya, suami saya tak nak join. Balik kampung pun tak nak. Alasan, kerja. Berkahwin baru setahun jagung. 2nd anniversary pun belum lagi. Yang buat saya lagi tawar hati dengan dia, di atas segala pengorbanan saya ni, dia still tak bertimbang rasa. Segala kerja rumah nak saya buat. Dahlah saya ni penat bekerja, ketua keluarga walaupun perempuan, balik rumah, segala benda nak kena uruskan. Dia dekat rumah dok goyang kaki. Main phone, tengok TV. Kalau makan, pinggan mangkuk semua berlongkok. Jangan haraplah nak tolong kemas rumah ke, cuci, sidai atau lipat kain ke, memasak ke, memang tak lah. Lagi satu yang buat saya paling benci, dia ni panas baran. Pemarah. Seolah2 semua dia yang betul. Untuk 1st point saya tu, saya ada cakap saya yang tanggung keluarga kn? Bukan tu je, dia nak kawal semua keluar masuk duit saya. Duit gaji saya, separuh dia minta transfer kat dia. Dengan cara paksa. Bukan suka rela ye. Contoh bulan lepas, gaji saya rm6000++, dia demand rm2500 daripada saya. Masalah nya, segala barang still saya yg beli. Segala bayaran saya yg bayar. Saya pun ada juga terasa nak shopping dengan duit hasil titik peluh saya sendiri. Tu pun, dia nak kawal. Sblm saya kahwin, setiap bulan saya bagi duit dekat mak saya. Lepas kahwin, dia marah saya bagi duit dekat mak. Macam2 bahasa kasar, kesat keluar. Bodoh, bangang, bangsat segala2 lah. Terlalu banyak sebenarnya keburukan suami saya. Saya menyesal kahwin dengan dia dulu. Padahal ramai je orang yg nak ajak saya kahwin dulu. Calon2 yg baik. Mungkin masa tu, saya tak matang. Saya nampka suami saya macam 'Islamic' tu yang saya pilih dia. Padahal.. Hampas. Sikap tak mengambarkan ilmu. Saya ni, hidup dalam penuh kepura-puraan. Saya berlakon dengan semua orang yg saya bahagia. Saya tak pernah cerita masalah dekat mak, keluarga atau sesiapa pun manusia di dunia ni. (baru2 ni je saya heart sharing dengan adik lelaki saya yg 9 tahun lebih muda daripada saya). Sebab saya percaya dia. Kalau cerita dekat yang lain, mau telangkup rumah saya jadinya. Mau husband saya kena serang dengan diorang. Cerita saya complicated, saya pun complicated. Kalau orang tau, mungkin orang akan just cakap "kenapa tak cerai je, kenapa tak mengadu dekat mahkamah shariah ye" Kalau boleh nak solvekan isu ni, tapi tak lah sampai diperbesar2kan macam tu. Saya pernah je minta cerai dekat husband saya, tapi dia diam je. Tak nak ceraikan. Kalau dia ceraikan, dah lama saya 'angkat kaki'. Saya jealous sangat dengan kawan2 perempuan atau mana2 perempuan yg asyik membanggakan suami diorang. Cerita, suami buat, suami buat ini. Suami yang memasakkan, suami tolong buat kerja rumah. Tak semua orang bernasib baik macam kamu wahai wanita2. Sila lah ada 'comman sense' bila nak bercerita. Kamu boleh bersyukur, tapi bukan berbangga. Saya beri satu perumpamaan, jika kita ada mak ayah yang bagi macam2 kat kita, sayang kat kita, lepas tu kita cerita semua tu dekat kawan kita yang yatim piatu. Pernah fikirkan perasaan si yatim? Renungkan
Baca lagi