Burnout keje 😭
Sekarang saya dah 16weeks, selama dua minggu berturut2 kerja sampai malam sebab bos dah macam paksa kitorang siapkan task. Puncanya kami tak cukup staff.. perlu orang baru tapi lambat dapat orang, sampai saya yang bahagian lain terpaksa tolong sama untuk kerja yang bukan saya punya. Selama saya kerja di syarikat multinational ni, ini kali pertama kerja sampai macam ni. Saya dah penattt.. minggu ni start minggu ketiga saya kerja sampai malam dan esok masih banyak kerja menunggu. Sampai tahap saya rasa nak ambil cuti tanpa gaji. Saya kesian dekat baby kalau sy makin stress nanti.. ya Allah camne saya nak hadap ni 😭. Tak tahu macamana nak berbincang dengan bos pasal nak apply cuti tiba2 .. tlg la bgtahu apa sy perlu buat, sy rasa otak saya dah tak boleh berfikir dah terlalu penat