Burnout keje 😭

Sekarang saya dah 16weeks, selama dua minggu berturut2 kerja sampai malam sebab bos dah macam paksa kitorang siapkan task. Puncanya kami tak cukup staff.. perlu orang baru tapi lambat dapat orang, sampai saya yang bahagian lain terpaksa tolong sama untuk kerja yang bukan saya punya. Selama saya kerja di syarikat multinational ni, ini kali pertama kerja sampai macam ni. Saya dah penattt.. minggu ni start minggu ketiga saya kerja sampai malam dan esok masih banyak kerja menunggu. Sampai tahap saya rasa nak ambil cuti tanpa gaji. Saya kesian dekat baby kalau sy makin stress nanti.. ya Allah camne saya nak hadap ni 😭. Tak tahu macamana nak berbincang dengan bos pasal nak apply cuti tiba2 .. tlg la bgtahu apa sy perlu buat, sy rasa otak saya dah tak boleh berfikir dah terlalu penat

5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

ambik je cuti tanpa gaji sis kalau tak membebankan.. kita pun penat yg dekat dalam tu tah mcm mana lah keadaan dia kan.. saya pernah gugur dlu terlalu kuat sgt kerja, officemate semua tegur jgn ikut sangat bos last2 gugur terus terduduk saya dibuatnya

2y ago

Betul sis sy risau baby kt dalam.. semalam sy dah bgtau sy da xnak tolong dh sbb sy penat sgt.. syukur Alhamdulillah kerja semua da setel jgk. Rasa dah boleh relax sikit hari ni. Tapi extra penat tiba2 pulak bila semua kerja da siap 😅.. sorry to hear that sis, semoga sentiasa kuat