Berat badan naik mendadak
Sejak pregnant ni berat bdn saya naik 3kg dalam masa 2 minggu ??? Dulu before pregnant saya mmg jaga makan. Dah pregnant ni saya asyik lapar. Lapar yg rasa pedih perut mcm perut masuk angin, kalau xcepat2 makan rasa loya nak muntah. Macam mna ni? ?mmg la berat akan naik masa pregnan..tp ni mendadak sgt naiknya..pengalaman uols mcm mna?

Salam sejahtera puan. Untuk makluman anda, purata kenaikan berat badan setiap bulan bagi ibu ketika hamil ditentukan dengan kadar BMI seseorang. Secara purata, kenaikan berat badan yang sihat adalah dalam lingkungan 1.5 - 2 kg sebulan. Kenaikan berat badan yang terlalu banyak dan mendadak meningkatkan risiko penyakit kencing manis ketika hamil dan ini adalah tidak bagus untuk anda dan kandungan. Bagi mengatasi rasa lapar tanpa kenaikan berat badan yang terlalu drastik, anda disarankan untuk mengambil makanan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Kurangkan makanan manis, berlemak serta tinggi garam dan gula, sebaliknya lebihkan pengambilan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.
Baca lagi



Excited to become a mum