Padah rakam video ‘guru tetap’ campak murid, cikgu praktikal dibuang kerja

"Sejak hujung minggu lalu, video mengenai seorang guru yang dipercayai mengangkat dan mencampak anak muridnya di sebuah tadika telah tular dan mendapat kecaman daripada banyak pihak. Pada laporan sebelum ini, ada makluman mengatakan bahawa guru yang melakukan kekerasan tersebut adalah guru praktikal dan sudah diberhentikan serta-merta." *SUMBER : OH MY MEDIA (OMM) Jika perkara ini berlaku kepada anak anda atau yang terdekat dengan anda, bagaimana anda mencari solusi terhadap isu ini? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen bawah.

Padah rakam video ‘guru tetap’ campak murid, cikgu praktikal dibuang kerja
8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Allahu, risau fikirkan macam mana nak hantar anak ke sekolah nanti. Harap2 direzekikan dapat guru yang sayang kanak2, bersabar. Kalau saya jadi ibu bapa, saya akan buat report 😪. Ada batasnya cikgu nak menghukum kanak2. Cuba cikgu tu sendiri di tempat ibu bapa yang mana anak dia diperlakukan macam tu. Apa perasaan dia? Entah lah, sebenarnyakan min, masa saya tadika, saya pernah kena tampar dekat muka dengan cikgu tadika saya. Tu dah lama. Tahun 1996. Saya pun masih ingat. Mama cikgu tu, nama anak dia, rupa dia masa masih muda, nama tadika saya semua saya ingat. Cuma malas nak mentioned dekat sini. Reason cikgu tu tampar saya sebab saya sakat/ kacau anak dia. Cikgu tadika saya bawa anak dia sambil mengajar. Dan kalau tanya mak saya pun, mak saya masih ingat. Tapi mak saya tak marah / report cuma terkejut. Hmm.. Mungkin masa saya kecik, saya nakal sikit. Entahlah, Walau apa2 pun alasan nya, saya rasa ada cara terbaik nak hukum kanak2. Dalam Islam sendiri ada guideline, kalau nak rotan macam mana. Dekat mana yang boleh, dekat mana yang tak boleh. Dalam ilmu psychology sendiri pun ada guideline juga. Macam mana nak tackle anak2 yang terlebih aktif atau nakal sikit ni. Masa saya kecik mmg saya terlebih aktif. Mak saya pernah bagitau risau tengok saya macam ada ciri2 kanak2 hyperactive. Mungkin sebab tu cikgu tadika saya hilang sabar dengan saya.

Baca lagi