Padah rakam video ‘guru tetap’ campak murid, cikgu praktikal dibuang kerja

"Sejak hujung minggu lalu, video mengenai seorang guru yang dipercayai mengangkat dan mencampak anak muridnya di sebuah tadika telah tular dan mendapat kecaman daripada banyak pihak. Pada laporan sebelum ini, ada makluman mengatakan bahawa guru yang melakukan kekerasan tersebut adalah guru praktikal dan sudah diberhentikan serta-merta." *SUMBER : OH MY MEDIA (OMM) Jika perkara ini berlaku kepada anak anda atau yang terdekat dengan anda, bagaimana anda mencari solusi terhadap isu ini? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen bawah.

Padah rakam video ‘guru tetap’ campak murid, cikgu praktikal dibuang kerja
8 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Allahu, risau fikirkan macam mana nak hantar anak ke sekolah nanti. Harap2 direzekikan dapat guru yang sayang kanak2, bersabar. Kalau saya jadi ibu bapa, saya akan buat report 😪. Ada batasnya cikgu nak menghukum kanak2. Cuba cikgu tu sendiri di tempat ibu bapa yang mana anak dia diperlakukan macam tu. Apa perasaan dia? Entah lah, sebenarnyakan min, masa saya tadika, saya pernah kena tampar dekat muka dengan cikgu tadika saya. Tu dah lama. Tahun 1996. Saya pun masih ingat. Mama cikgu tu, nama anak dia, rupa dia masa masih muda, nama tadika saya semua saya ingat. Cuma malas nak mentioned dekat sini. Reason cikgu tu tampar saya sebab saya sakat/ kacau anak dia. Cikgu tadika saya bawa anak dia sambil mengajar. Dan kalau tanya mak saya pun, mak saya masih ingat. Tapi mak saya tak marah / report cuma terkejut. Hmm.. Mungkin masa saya kecik, saya nakal sikit. Entahlah, Walau apa2 pun alasan nya, saya rasa ada cara terbaik nak hukum kanak2. Dalam Islam sendiri ada guideline, kalau nak rotan macam mana. Dekat mana yang boleh, dekat mana yang tak boleh. Dalam ilmu psychology sendiri pun ada guideline juga. Macam mana nak tackle anak2 yang terlebih aktif atau nakal sikit ni. Masa saya kecik mmg saya terlebih aktif. Mak saya pernah bagitau risau tengok saya macam ada ciri2 kanak2 hyperactive. Mungkin sebab tu cikgu tadika saya hilang sabar dengan saya.

Baca lagi

Dengar kata guru tetap yg lempar budak tu, anak pengetua taska. Tapi guru praktikal yg merakam tu dibuang kerja. Unfair. Since anak pengetua, sampai bila2 la dia akan ada kt situ.. As a mother kalau jadi kt sy, buat report polis. Itu juga percubaan penderaan fizikal. Lempar2 anak org. Umur mcm tu mmg nakal.. Yes, guru Berhak untuk ajar, mana betul mana salah.. Boleh denda tapi bersesuaian dengan umur mereka, yg masih dlm process belajar. Sbg taska yg 30 tahun pengalaman beroperasi sy rasa guru2 tetap tu mesti dipilih dikalangan yg terbaik dan terlatih. But sy Xbole terima anak pengetua Sendiri buat mcm tu. Too much. Ingat u anak pengetua bole buat sesuka hati. Besar sangat la Diri tu rasa, kan... Banyak cara utk disiplinkn Anak2 walaupun mmg Kdg2 menguji kesabaran. Again, xda hak utk dia melakukan penderaan fizikal macam tu. Cuba suruh cikgu tetap tu hempas HP dia, berani x. Ni kan pulak budak2, manusia.. Sakit pulak hati kiteee ni wakkk..

Baca lagi
VIP Member

saya kerja as ppm dekat prasekolah. budak nakal macam mana sekali pun, tak pernah saya dgn cikgu tergamak nak buat macam tu. sebab kita tahu tu anak org dan macam mana nanti kalau anak kita pulak kena macam mana kita buat anak org. fikir tu je. mmg tak nafikan mmg dorang sangat nakal, dgn parents yg over. tiap masa nak ws tanya anaknya makan apa buat apa. paling teruk pun saya dgn cikgu agah guna rotan je tp tak pernah pukul, campak, cubit budak macamtu. kerja dgn budak mmg perlu kesabaran yg tinggi

Baca lagi

Sebagai ibu, mmg saya akan laporkan kepada pihak berkuasa dan saya akan minta pihak taska bertanggungjawab atas apa yg berlaku kepada anak saya. Mungkin anak tu tak nampak cedera teruk tapi emosi dia boleh terganggu sbb dicampak di depan kawan2 lain. Anak2 yg menyaksikan kejadian tu pun boleh jadi trauma. Walau senakal mana pun budak tu, ada cara yg lebih baik utk mengajar atau mengawal.

Baca lagi

Mula2 kena siasat dulu kenapa dia bertindak begitu, sebagai ibu perasaan marah itu mesti ada. Tipulah kalau saya ckp x marah sbb seorg guru yg kita percaya bertindak sedemikian. apa yg terjadi mesti ada sebab, berkemungkinan kenakalan anak kita atau guru itu sendiri memang ada masalah. Pucuk pangkal kena tahu sebab kenapa dia bertindah begitu.

Baca lagi

kalau rs thp kesabaran rendah/lgsung takde jgnla keje yg melibatkn ank2 kecil.dgn budak ni makin kita ganas makin dia degil.sbb tu jd cikgu taska ni kena ada kelulusan psikologi kanak2.kalau ank sy,sy mmg for sure jumpa dgn cikgu tu depan2.nk tgk jg apa alasan dia buat ank org mcm tu kan..

mgkin byk kes mcm ni . pentadbir tutup mata,mentang2 yg viral kn student practical..melampau betul..dgn budak kecik xbole sabar patut xpayah kerja dgn murid

elok di lempang jew dlu....campak mcm mne die buat kat budak tu...x tahan dengan perangai budak x yah lah nk kje sbgai cikgu yaaaa.....