Luahan saya

Sejak habis berpantang hingga sekarang saya duduk di rumah ibu mertua bersama tiga ipar lelaki.. sebab asalnya supaya baby mak jaga ketika kami berdua ke kerja. Sekarang baby dah nak masuk 5 bulan. Keluarga mertua dan ipar sangat baik, tapi saban hari saya makin berasa tidak selesa dan ingin pulang ke kediaman sendiri. Saya berasa tertekan dan murung kerana suami tidak memahami kehendak saya. Dia sering mengatakan 'tunggu baby besar sikit kita hantar pengasuh' TAPI SAMPAI BILA? Saya rasa suami saya yang tidak mahu berdikari dan mengharapkan maknya jaga anak kami.

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya setuju dengan awak lama kelamaan kita akan rasa tak selesa duduk di rumah mertua walaupun mertua baik. Saya yang duduk 40hari pun tak larat sebab kurang privacy. Baby 5 bulan dah banyak benda bole explore dan baby dah mula faham kita jadual tidur pun tak macam baby newborn. Cuba try cakap kat suami yang awak memang nak balik runah awak kalau dia taknak jugak cakaplaa awak bukan nak pengasuh tapi nak balik rumah .

Baca lagi