tolong saya

saya bercadang nk bersalin n berpantang dirumah keluarga saya di kuala kangsar perak..tp mak mertua saya seperti berat nak lepaskan sedangkan dirumah mak ada adik ipar 4orang yg masih belajar n bujang(3perempuan 1org lelaki) mak juga ambil upah jaga sepupu(12 tahun,11tahun dan 5 tahun)... saya rasa begitu tak selesa dgn suasananya n bilik juga kene kongsi2... suami pulak jenis "anak mak"jadi setiap apa yg mak nya katakan semuanya dia "iya" kan je..bila sy bersuara pd suami..suami marah katanya saya tak reti nak paham perasaan maknya.. #firstbaby #stresssgt #19week5hari #1stimemom

21 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

pngalman sy..mse tu sy baru sbln peknen..mil dtg umh tokwan sy n ckp..xnak jge sy n bb mse pantang..trkjut gak Sy ngn tokwan mase tu..ikut kn sy pn xnk..lps bersalin atuk sy sakit n ninggal..so suami suh pantang umh mak die sementara..nk mnngs rse mse tu.. duk ari ptame smpai 3 hari.. muke m.mertua masam je..mase tu bln pose..sy jumpe nasik same dgn org berbuke pose..dari pg smpai mghrib mkn roti..Allah je tau mcm org kelaparan..xsmpai smnggu..sy sorg duk tmpat xde org..dgn panasnye..dah la bb sy sllu ipar sy ambk..duk la terbaring sorg2..time nyusu je die bg..pastu ambk blk.. satu mase tu sy bosan sgt..duk la baring dpn TV siket..mil sound mcm2 kat sy..satu rumah dgr..nk mnngis sy mse tu..sy pn g mndi sambil nngs sorg2 dlm blk mndi..lps pd tu sy ckp kt suami sy nk blk umh tokwan sy..suami baru phm mcm mne mil lyn sy..byglh ank die berpntang..selesa..baring dpn tv..sume keselesaan dpt..sy ni dah xde mak ayah

Baca lagi

saya faham perasaan ni. mungkin sis boleh jelaskan sehabis baik tentang kebebasan sis untuk ketenangan diri di rumah sendiri. macam bebas untuk tukar baju, susukan anak nak selak tak malu, kalau anak meragam tak menggangu mak mertua. terangkan yang rumah mak mertua dah terlalu ramai takut nanti ganggu orang yang dalam rumah nak berehat, lebih selesa untuk susahkan keluarga sendiri dari keluarga suami. sis kena main psychology dengan suami untuk memudah carakan family dia. in shaa Allah dia akan lembut hati. cakap yang mak mertua dah jaga terlampau ramai anak anak nanti mak mertua makin penat nak jaga sis pulak takut mak mertua tak sihat apa semua. kalau sis macam mengutamakan keadaan macam ni mungkin suami sis akan berfikir balik. laki ni memang, dia tak faham nampak mak dia semua okay.. nanti mak dia tak okay bukan dia tahu pun.. kita yang hadap.

Baca lagi
3y ago

sis sy xdpt nk bersuara sis ...baru ckp sikit kt suami yg kita penat xlarat masak pon mngadu mak dy ...apath lg bnde2 lain..mak dy tntu nk menangkn anknye je

try guna reverse psychology, cakap kesian kat mak ke kena jaga ramai orang, niat tak nak susahkan mak dia .. lagi nak jaga newborn , adik2 dengan sepupu . ramai sangat . pastu cakap pasal baby newborn ni tak boleh nak kat tempat ramai2 ke , lepastu cakap kebanyakan anak perempuan berpantang dengan mak sendiri apa pula mak kita cakap kalau pantang dengan mertua . mertua dengan mak sendiri tak sama walaupun dua2 baik . mak paling memahami . ada masa lagi nak pujuk suami . tapi jangan burukkan mak dia . kalau diburukkan ego dia lagi naik taknak mengalah . pillow talk dengan husband or cakap waktu dating berdua .. moga husband sis dilembutkan hati utk lebih mengenali dan memahami hati perempuan . pastu ingatkan suami, ni antara saya dan awak jee

Baca lagi

Allah.. Dlm islam sendiri pun dh ckp,, dlm rumahtangga ni kne ada tolak ansur.. Suami kne sediakan tempat tinggal yg selesa(elakkan tinggal bersama org tua sendiri/mertua) utk elakkan keadaan mcm ni la.. Nk² pula dlm umh tu semua pakat dok sekali.. Aurat isteri suami kne jaga bila ada ipar duai yg bukan muhrim.. Rs x larat juga c isteri ni nk bertutup bagai dlm umh,, ni kan pula time nk berpantang nnti.. Rsnya nnti ada tuan badan xleh rehat.. Puan bincang elok² dgn suami.. Bukan nk suh dia jd ank derhaka tp ada had nya seorang ank tu ikut kemahuan ibunya.. Dgn Mak mertua puan pun, puan kne berterus terang & tegas.. Smg Allah permudahkan segala urusan puan.. Aamiin

Baca lagi
3y ago

sy ngn suami ada rumh sndri,tp time brpntang mak mentua yg nk jaga

dah pernah lalu benda nie masa anak sulung dulu sampai hampir meroyan masa dalam pantang sebab tertekan dengan perangai mertua & suami.Endup lepas habis pantang memang nekad nak keluar rumaa n masatuu saya bagi kata 2 pada suami samaada nak ikut saya/dia nak duduk dengan mak dia.Saya xlarang cuma Saya xbolee nak hadap lagi daa..Bukan nak cakap ap laa sis,kadang suami nie kita kena bertindak tegas.Rumahtangga Saya hampir runtuh gara2 mertua & suami yang anak mak.Saya doakan sis dipermudahkan urusan n jangan terlampau tertekan xbaik untuk baby n untuk kesihatan sis jugaa..

Baca lagi
3y ago

sama2.Moga dipermudahkan semuanya..

Sis minta mak trn ke kl jela dr kuala kangsar since sis pn mmg duduk rumah sndri dah..xpun if xboleh pantang sendiri jela kt rumah sendiri n amik CL membantu utk smgu/2 mgu yg pertama..sy dah ada 2x pengalaman pantang dgn mertua..nasib sy xberapa baik dpt mertua yg xberapa memahami..kita dlm pantang emosi n psikologi mmg kena jaga..xnk smpai angin royan dtg esp if ank 1st..mmg sgt kekok..mana nk jaga baby..jaga badan..dgn keadaan sekeliling yg x memberangsangkn 😔 Sy harap sis dipermudahkan sgala urusan utk bersalin dan berpantang kelak 😊

Baca lagi
3y ago

amiin terima kasih...

Kalau dh tak boleh sgt bincang suami isteri. Nak kena jaga hati suami & family diaa jee boleh minta nasihat & pendapat org ketiga. Pergi Pejabat Agama Islam nanti ada sesi kaunseling suami isteri. Stress kalau asyik nk dgr ckp dia je tp dia x pernah pun jaga hati kita. Dia je betul. Kena dgr ckp dia je. Ckp kita dia xnk dgr bermaksud abaikan hak kita dlm rumah tangga. Mrh/ego x bertempat. Kita pun ada hak utk didengari, bersuara & dipenuhi. Zalim la buat isteri mcmni. Saya pun pernah rasa.

Baca lagi
3y ago

terima kasih

Kita sebagai isteri kena tahu hak kita sebagai isteri. Jangan takut. Rujuklah pada yang pakar. Paling penting adalah kesihatan mental & fizikal kita lagi2 dalam masa berpantang. Kena belajar jadi org yang tegas sikit. Jgn biar org buli kita. Sekurang-kurangnya sis kena igt sis ada keluarga juga. Bercerita masalah ni dgn family kita takde salahnya. Sekurang-kurangnya family kita tahu masalah kita hadapi. Berdiam diri takkan dpt selesaikan masalah. Semoga Allah permudahkan urusan sis.

Baca lagi

Sis fikir keselesaan sis sendiri. Sebab time berpantang ni kena jaga betul2. Takmau stress2. Saya anak first juga sis pilih utk pantang sendiri je. Alhamdulillah setakat ni semua OK sbb suami membantu. Lusa dah nak sebulan dah baby. Saya doakan sis dipermudahkan segala urusan ye. Jangan stress2. Time pantang ni pentingkan diri sikit sebab emosi kita perlu di jaga takut meroyan ke apa (minta dijauhkan) badan nak pakai lama sis 💪🏻💪🏻

Baca lagi

puan, better tenangkan diri. Dlm rumah tu ramai org, sy fhm perasaan puan. sbb sy pun x suka rumah ramai org , sedangkan kita dh berkahwin. Apa yg penting, jaga ketenangan puan, kesihatan puan, kawal stress. tak bagus untuk kandungan jika ibu stress. puan dah ckp pada suami, dah betul tindakan puan. Kumpulkan kekuatan dgn doa marayu kat Allah moga suami dan keluarga lembut hati dan faham perasaan puan. Insya Allah ..semua baik belaka.

Baca lagi