Hanya sekadar luahan

Sedikit luahan. Waktu saya mengandung saya tidak bekerja sbb baru lepas berhenti kerja untuk ikut suami pindah. Awal mengandung saya ada cari kerja tapi saya mabuk teruk kerja sekerat hari nak pitam . Saya masih ingat satu kata kata suami tentang saya yang tidak bekerja tak tolong dia , tak masak sebab alahan bau .. saya ambil hati sangat waktu tu . Saya tak mintak keadaan sebegitu sedangkan dy pon nampak saya mabuk teruk. Family dia pun bertanya soal kerja? Ketika pantang , saya belum habis pantang suami ajak ke rumah MIL .. saya terasa sgt kenapa keluarga dy tak sendiri dtg ke rumah mak sy melawat .. tapi harus saya yg berpantang ni bergerak ke sana . Ketika saya sakit seolah saya manjakan sakit ni. Sekarang saya kena berkorban perasaan nk upah pengasuh sbb nak kerja . Dan saya harap sangat dia hargai apa saya buat sebab benda tu tak mudah . Saya tak cemburu dia boleh faham org lain terutama family dia , tapi saya harap sangat benda yg sama dibuat untuk saya. Tapi entahlah lelaki dan ego dia tak boleh terpisah .

10 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

sama apa yang saya alami, terjadi kepada mak saya sendiri. pengalamam yang terlalu pahit dan sakit hati. ambil masa 20 tahun untuk sedarkan ayah saya dan akhirnya berpisah jua. orang macam selalu rasa diri dia je yang betul, and dia je ada family yang harus dijaga. awak kena luah dekat suami, cakap dengan nada yang elok dan cara tegur yang paling lembut. sebab nanti dia akan kata kita ni jahat dan derhaka pula nanti. orang macam ni kena layan cara yang paling sopan untuk luah or bercakap. kalau tak jalan juga, cuba luah hari2 masa otw nak tido or time yang sesuai macam hari cuti. kalau dia tak boleh terima dengan luahan awak, dia marah awak atau tiada kesedaran dalam diri dia awak cuba buat solat hajat, minta Allah lembutkan hati dia dan berbincang semula dengan suami. kalau suami masih tak sedar juga, awak pilih lah berpisah dengan cara baik. kita sebagai suami isteri kena bertolak ansur, kena faham situasi pasangan. memanglah suami ketua keluarga tapi tak bermakna isteri kena tindas suami. kalau awak nak bincang masalah awak tapi takut nak berdepan dengan suami awak pilih lah sesi kaunseling di mahkamah atau pejabat agama. insyaAllah semua urusan awak dipermudahkan. awak jangan sedih ya, selepas hujan mesti ada pelangi. tiada masalah dalam dunia ni tak boleh diselesaikan. awak sabarlah, dan percayalah pada Allah.

Baca lagi
1y ago

*suami kena tindas isteri

saya pun sama, alahan dan kerap tidur letih tp sebelum pregnant tak pernah letih mcm ni tiba2 husband cakap "tak masak, kerja tido" sedih tu sampai sekarang rasa macam nak berbaik pun malas sebab sepanjang berkahwin saya tak pernah mengomel bab suami sebab faham masing2 baru nak belajar hidup bersama. macam mana yaa mommy2 yg dh lama berkahwin boleh kuat 🥲

Baca lagi
1y ago

Betul lps bersalin lagi kuat makan hati .. suami pulak jenis harini jadi esok lupa dah

Maaf nie skadar pendapat sye.. Bg sye kputusan utk bkerja atau jd surirumah patutnye kputusan sis.. bkn desakan org lain.. Sbb yg penatnye nant kte.. surirumah penat.. bkerjaya pun penat.. Lg2 klu hsbnd jnis yg susah nk btolak ansur & serahkn tggjwb rumah kt bahu istri.. Sis pikir la elok2 ye sblum buat kputusan.. smoga urusan sis dpermudahkn..

Baca lagi

kena luahkan. if awak pendam makin lama nnt makin teruk. mmg tugas suami utk bg kita nafkah. sy takut nnt awak berkerja. semua benda awak yg byr sendiri. bukan husband awak. maaf bertanya duit nafkah utk awak dia bg tak? satu je sy boleh ckp if both suami isteri berkerja lagi byk commitment kita yg kena byr. bukan makin berkurang awak.

Baca lagi
1y ago

Dia bg nafkah saya akan minta tapi tak la sebanyak mana dan saya pon tak minta banyak.. tapi dy kurang common sense .. tk fhm isteri penat ke apa .. entah lah

situasi kita lebih kurang sama, mkn hati dgn pasangan. dgn keluarga sy jauh, bila nk ckp dgn in law, mereka seolah2 salahkan sy. agk terkilan. skrg sy pregnant ank ke2, sickness sy lebih teruk dari ank 1st. tapi pasangan seolah2 tak nampak benda tu. sungguh sy sedih, mcm perasaan sy ni tak valid utk dia.

Baca lagi
1y ago

Dalm diam kita seksa diri sendiri.. hidup tapi jiwa mati.. tak sedar kita ni isteri tapi macam kena aniaya dgn laki sendiri

bab ni awak mmg kena slowtalk dgn dia, luah everything. lelaki mmg tak faham sgt, even benda berulang kali pun still tak faham, so kita kena bgtau dia. kalau pendam, takut juga apa2x. apa pun saya harap awak kuat, ❤ .

1y ago

Dia jenis harini jadi esok lupa dah.. saya penat nak makan hati lagi..

TapFluencer

hmm lelaki... no komen la sis... bg sy, kalau ada benda yg kite x puas hati dgn suami, luah je. slow talk & jgn simpan dlm hati. nanti stress taw. pa pun, semoga dipermudahkan segala urusan sis.

1y ago

kalau sy, luah je... at least, xde rasa beban kat hati tu.. belakang cete, dia tak nak dgr / buat2 x dgr. ego lelaki biasalah. sebenarnya dia dgr je tu. kalau sis betul2 stress, solat.. minta doa yg baik2. insyallah dipermudahkan urusan sis.

saya doakan agar semua urusan awak dipermudahkan yea.. awak kena slowtalk juga dengan dia tentang ni,supaya dia tahu keadaan awak mcm mana. kalau tak awak akan makan hati🙁..

1y ago

Dah penat slowtalk , nangis macam org giler . Sampai terfikir hidup sendiri tak sesakit ni hati saya

nak tnya upah pengasuh berapa ye?

bincang dgn suami

1y ago

Saya tak tau suami jenis hati kering ke apa .. makin lama makin nampak dia tak peduli soal hati perasaan bini..