5 sebab kenapa ayah kena ada ilmu parenting.
Sebenarnya tanggungjawab jaga anak ni lebih besar & berat pada sisi si ayah berbanding si ibu. Cuma yang ramainya datang belajar & concern tentang anak-anak ialah para ibu.. apa pun, kedua duanya penting. 1. Anak lebih dengar cakap ayah Ibu cakap ratus kali susah dengar tapi ayah cakap sekali dua je anak pasti dengar. Bukan takut tapi memang lumrah anak lebih mudah dengar cakap ayah berbanding ibu. 2. Ayah seorang pemimpin Sebagai pemimpin keluarga tanggunjawab ayah la untuk pastikan anak dapat membesar dengan baik, cukup keperluan & mendapat didikan yang sempurna. Didikan bukan setakat akademik tapi didikan akhlak, islami dan lain lain juga. 3. Ayah adalah roles model utama Setiap gerak geri ayah ni ibarat satu KPI setiap anak. Apa yang buat anak akan ikut & tiru. Ayah la roles model utama kat rumah. 4. Ayah kena tahu do & dont Bila ada ilmu parenting baru la si ayah tahu do & dont dalam membesarkan anak anak dengan selamat & tepat. InsyaAllah.. 5. Penanda aras seorang lelaki Lelaki ni ketua, pemimpin, peneraju, pemberi nafkah, pelingdung dan banyak lagi. Ayah yang baik dapat menjadi penanda aras ‘lelaki’ yang baik pada anak lelaki & juga anak perempuan.. Ilmu parenting bukan berguna untuk masalah tingkahlaku sahaja tapi ia sangat penting untuk tumbesaran fizikal, emosi, mental & jiwa anak-anak yang sihat… Wallahu a‘lam… https://bookue.onpay.my/order/form/Pj23/253