Dilemma mak

Semalam saya bagitau suami saya x nak dah anak saya tu. Biar lah baby tu dgn kak ipar sy sampai bila2. Baby saya dah duk 3 hari dgn kak ipar sbb adik sy dari kampung baru sampai bandar jadi nak bawa dia jalan sampai ke malam dgn baby susah. Jadi sy ingat nak letak dia sementara kat rumah kak ipar saya tapi smlm sy buat keputuSan utk letak jak dia kat sana forever. Saya dah 2 bulan lebih x pernah lagi keluar rumah jalan2 dgn betul. Keluar pun kejap je beli barang dapur pastu balik. X pernah lagi lepak malam mcm dulu sbb saya klu Bole x nak bawa baby jalan2 waktu malam. X elok. Rasa mcm bujang. Nikmat jalan2 ke sana sini tanpa perlu memikirkan baby. Saya suka. Lepas tu sy bgtau suami perasaan sy yg terbelenggu ni yg saya nak nikmat bujang mcm dulu2 sblom Ada anak.. sy x nak dah jaga dia… suami sedih tapi dia akur dgn keputusan saya.. dia terima sebab dia tau saya mmg x suka ada anak Dari dulu. Saya anggap ianya membebankan. Seoanjang anak sy kat rumah kak ipar hanya sekali sehari je sy video call tu pun just nak cover sy ada amek kisah… atas permintaan suami. Sy nak minta pendapat mcm mana nak hilang rasa bersalah tinggalkan anak kt sana? Saya nak cuba utk melepaskan dia dgn ikhlas. Bole tlg saya tak bagi cadangan? Setakat ni sy dah delete/hide gambar baby saya semua. Tlg jgn kecam. Saya x abaikan kebajikan anak saya walaupun saya x nak dia. Saya cukupkan keperluan dia semua cuma sekarang ni saya tak mentally prepared utk jaga baby. Saya x suka feeling beban kena bawa anak sana sini KLu berjalan. Dan pengalaman buruk melahirkan dia juga adalah salah 1 reason saya x nak ada baby lagi.

15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

maaf ya sis sumpah sy sedih gila baca apa sis post. sy tahu tu pilihan sis, tapi hancurnya hati anak sis bila besar nanti. bila dia dapat tahu ibu kandungnya tidak mahukan dirinya. AllahuAkhbar. sy tau sis jaga kebajikan dia, tp cuba sis letak diri sis kat tmpt anak sis? bayangkan mak sis mnyesal lahirkan sis dan taknak sis pun? sis rasa apa? happy ke? lainlah sis happy its okay la. tapi berbeza dengan anak sis bila dia besar nanti. sy da 3bulan teperap kat rumah, sy lagilah duduk dengan mil ya sis. mental sy mmg da burnout. kerja rumah semua sy buat sis, masak semua sy. sy diperlakukan seperti org gaji ya sis di rumah ni. suami pun tak membantu, memandangkan suami sy anak tunggal dia lebih mementingkan perasaan ibu dia. sy? sy tak rehat sis, anak sy susu badan jenis high demand. letak nangis sis asik nk didukung je. berat dkt 8kg baru 3bulan lebih. badan sy sakit2 semua tapi sy tak pernah terdetik nak membencikan anak sy apatah lagi nk bg org. walaupun ada satu tahap saya nk tengking je anak sy suruh diam. tp saya tak sampai hati sis. luluhnya hati sy membaca post sis sbb x dpt merasa kehidupan bujang. sy lagilah sis, sy ni ramai kawan sy jenis bergaya. bukan sy nak bangga tp sy mmg ramai kawan jenis happy go lucky sis. tp sejak ada anak kawan2 sy semua menjauh, sy x dpt nak melawa. muka sy pucat mata sembap. klau kluar beli brg dapur pkai tudung sarung je sis tp suami sy bergaya. takde terdetik lngsung sy nk bg anak sy kt org lain. anak tu anugerah Allah. klau sis da xnk anak jgn bersama lgi dgn suami tu. sy pun ckp dkt suami sy, sy da tknak anak lg. sbb dia x membantu lngsung.da 3 bulan sy x bsama suami sy. sy x pduli prasaan dia, sbb dia pun x pdulikan sy. lantak dia la nk curang ke apa sbb da tak kisah. biar bini baru dia jaga mak dia plak!! saya doakan sis diberikan pintu hidayah untuk menerima takdir yang diberikan Allah swt. sy pun sbelom bekahwin wanita kerjaya ada kerja ada kawan yg ramai. sy pun pernah rasa mcm sis, tp sy sudah berdamai dgn takdir. maafkan sy kalau ada terkasar ayat. cuma sy nk sis bsykur apa yg ada tu je. sy nak sis berfikiran kehadapan,jgn mnyesal itu sahaja

Baca lagi
3y ago

Chill sis saya dah update situasi sy ni 3 weeks yg lalu. Sy dah buat keputusan utk jaga baby sy sepenuhnya.