Dilemma mak

Semalam saya bagitau suami saya x nak dah anak saya tu. Biar lah baby tu dgn kak ipar sy sampai bila2. Baby saya dah duk 3 hari dgn kak ipar sbb adik sy dari kampung baru sampai bandar jadi nak bawa dia jalan sampai ke malam dgn baby susah. Jadi sy ingat nak letak dia sementara kat rumah kak ipar saya tapi smlm sy buat keputuSan utk letak jak dia kat sana forever. Saya dah 2 bulan lebih x pernah lagi keluar rumah jalan2 dgn betul. Keluar pun kejap je beli barang dapur pastu balik. X pernah lagi lepak malam mcm dulu sbb saya klu Bole x nak bawa baby jalan2 waktu malam. X elok. Rasa mcm bujang. Nikmat jalan2 ke sana sini tanpa perlu memikirkan baby. Saya suka. Lepas tu sy bgtau suami perasaan sy yg terbelenggu ni yg saya nak nikmat bujang mcm dulu2 sblom Ada anak.. sy x nak dah jaga dia… suami sedih tapi dia akur dgn keputusan saya.. dia terima sebab dia tau saya mmg x suka ada anak Dari dulu. Saya anggap ianya membebankan. Seoanjang anak sy kat rumah kak ipar hanya sekali sehari je sy video call tu pun just nak cover sy ada amek kisah… atas permintaan suami. Sy nak minta pendapat mcm mana nak hilang rasa bersalah tinggalkan anak kt sana? Saya nak cuba utk melepaskan dia dgn ikhlas. Bole tlg saya tak bagi cadangan? Setakat ni sy dah delete/hide gambar baby saya semua. Tlg jgn kecam. Saya x abaikan kebajikan anak saya walaupun saya x nak dia. Saya cukupkan keperluan dia semua cuma sekarang ni saya tak mentally prepared utk jaga baby. Saya x suka feeling beban kena bawa anak sana sini KLu berjalan. Dan pengalaman buruk melahirkan dia juga adalah salah 1 reason saya x nak ada baby lagi.

15 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum sis, Mengucap saya dengar luahan sis, sedih rasanya kalau saya letak diri saya dekat tempat baby sis, saya tk kan pilih untuk dilahirkan. Bby sis pilih untuk dilahirkan mesti bersebab, Allah dah janjikan insan persis malaikat kt dunia untuk jaga dia iaitu ibu yg bakal melahirkan dia. Sis cuba solat minta petunjuk, betul ka apa sis rasa, sis kalau rasa bersalah dgn keaadan skrg bermakna sis masih sayangkan bayi sis cuma sis tk nak rasa terbeban dari segi masa. Saya faham takda buku untuk ajar kita jadi seorang ibu dan tak semua ibu berjaya tnpa kegagalan. Belajar terima anak sis dalam kehidupan sis, sesuaikan sis dan dia dlm lifestyle sis. InsyaAllah, akan hilang rasa dilemma sis.

Baca lagi