Dilemma mak

Semalam saya bagitau suami saya x nak dah anak saya tu. Biar lah baby tu dgn kak ipar sy sampai bila2. Baby saya dah duk 3 hari dgn kak ipar sbb adik sy dari kampung baru sampai bandar jadi nak bawa dia jalan sampai ke malam dgn baby susah. Jadi sy ingat nak letak dia sementara kat rumah kak ipar saya tapi smlm sy buat keputuSan utk letak jak dia kat sana forever. Saya dah 2 bulan lebih x pernah lagi keluar rumah jalan2 dgn betul. Keluar pun kejap je beli barang dapur pastu balik. X pernah lagi lepak malam mcm dulu sbb saya klu Bole x nak bawa baby jalan2 waktu malam. X elok. Rasa mcm bujang. Nikmat jalan2 ke sana sini tanpa perlu memikirkan baby. Saya suka. Lepas tu sy bgtau suami perasaan sy yg terbelenggu ni yg saya nak nikmat bujang mcm dulu2 sblom Ada anak.. sy x nak dah jaga dia… suami sedih tapi dia akur dgn keputusan saya.. dia terima sebab dia tau saya mmg x suka ada anak Dari dulu. Saya anggap ianya membebankan. Seoanjang anak sy kat rumah kak ipar hanya sekali sehari je sy video call tu pun just nak cover sy ada amek kisah… atas permintaan suami. Sy nak minta pendapat mcm mana nak hilang rasa bersalah tinggalkan anak kt sana? Saya nak cuba utk melepaskan dia dgn ikhlas. Bole tlg saya tak bagi cadangan? Setakat ni sy dah delete/hide gambar baby saya semua. Tlg jgn kecam. Saya x abaikan kebajikan anak saya walaupun saya x nak dia. Saya cukupkan keperluan dia semua cuma sekarang ni saya tak mentally prepared utk jaga baby. Saya x suka feeling beban kena bawa anak sana sini KLu berjalan. Dan pengalaman buruk melahirkan dia juga adalah salah 1 reason saya x nak ada baby lagi.

15 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

saya pun tak nak anak macam sis, saya suka bebas. saya kahwin sebab saya nak spend hidup dengan lelaki yg saya sayang je. tp sebab suami nak sangat anak, saya pun lahirkan la baby untuk dia. saya fikir why not? tengok orang lain ada ramai anak so ok je la kot nak besarkan anak ni kan. ternyata saya silap and im not mentally prepared at all. habis je pantang saya kena jaga baby alone while suami kerja and banyak kali saya rasa nak jatuhkan je baby masa dukung dia nak bg nampak macam accident tp everytime saya tak sampai hati. saya tak nak anak ni sampai sanggup nak minta cerai dengan suami so that saya tak payah jaga dah anak ni, biar dia jaga sebab dia yg nak sangat. tp suami saya banyak hadirkan diri dia dalam menjaga baby ni and saya rasa support dari dia kuat and saya pun cuba untuk terima kehadiran baby ni dalam hidup saya, saya doa bebanyak. now baby dah 2 bulan lebih, saya dah makin rasa sayang kt baby. kami ada pergi holiday few times and bawak baby, alhamdulillah baby ok and baby banyak senyum, maksudnya dia happy la kot kan? baby tu cerminan ibunya, if emosi and mental ibu dia ok, baby pun insyaallah ok. suami kita mainkan peranan yg sangat penting untuk make sure isteri rasa tenang and happy jaga baby. cuba sis bagi masa and peluang untuk diri sis terima baby and sayang baby. cuba bincang dengan suami apa yg buatkan sis rasa tak nak sangat kt baby and mintak dia support sis like buat house chores, ganti pampers baby, mandikan baby semua tu, tugas sis bagi susu je. i hope you somehow able find it in you to learn to love baby, give baby chances to be loved by you. baby nampak macam tak tau pape, tp baby needs you and you actually need baby too. insyaallah sis, saya doakan sis kuat and mampu sayangkan baby yg sis dah susah lahirkan. tuhan maha baik and ada ganjaran untuk sis bila baby dijaga dengan baik and penuh kasih sayang.

Baca lagi
11mo ago

hi,maaf ckp saya pun rasa yang sama.saya selalu igt saya sorang je ada perasaan mcm ni.. tapi baby saya dah 4 bulan.kadang2 tu ada lagi perasaan reject takmau baby..setiap hari berperang dgn perasaan sendiri.saya kesian dengan baby dan suami.saya tgh belajar terima hakikat saya dah ada tanggungjawab baru dan hidup mmg berubah tak mcm dulu. tolong doakan saya juga moga allah bagi kekuatan dan rasa kasih syg dekat baby