Macam mna nak naik kan Hb ?
Saya tengah susah hati hb makin turun.. sayur dgan buah-buahan dah mkan tapi tak jalan juga.. ubat klinik pun sama 😅 ada tk cara lain untuk naikkan hb? Ada buah-buahan dan sayuran yg cepatkan naik hb atau vitamin ke?.. susah hati hb makin turun🥲

Saya pernah ada pengalaman turun hb yg banyak sis.walau masa tu sy banyak ambil sayur&buah²an.tp lepas dapat tahu cara yg betul naikkan hb,saya praktikkan apa yg nurse kkia sy nasihatkan. Saya diberi tablet Duobion,folix asid,iron tablet new obimin(new obimin saya beli kat farmasi)ke empat² biji pil tu dimakan awal pagi semasa perut kosong iaitu sebelum sarapan pagi. Macam saya biasa buat susu anak dlm pukul 3am so saya automatik setiap awal pagi makan 4 biji tablet tu setiap hari.Selepas breakfast saya makan vitamin C yg dibeli di farmasi(caring/watson/dsbnya).Vitamin c makan macam makan gula² sbb rasanya sedap(manis)😅 Minggu lepas hb saya 14.nurse puji kata hb cantik sangat.Sebab itu saya share dgn sis..sharing is caring.Selamat mencuba ya sis.
Baca lagi

