Saje nak confess

Saya stress sejak masuk trimester 3. Cepat emosi, mudah rasa annoyed. Anak 1st saya baru 1t5bulan.. saya tinggal berdua dengan anak, suami pjj cuma balik weekend. Saya kerja jugak keluar rumah 7am sampai rumah pukul 7pm. Sebelum ni saya ok je, tapi kali ni saya rasa burn out. Suami saya okay je bila ada kat rumah semua suami yang tolong uruskan. Dari hal anak sampai ke hal rumah memang suami buat. Tapi kali ni saya rasa penat betul. Anak 1st tengah fasa lasak, saya pulak tengah emosi. Aduhai sedih sangat bila saya jerit kat dia. Teruk nya saya. Kesian jugak baby dalam perut sebab ibu nya stress dan penat. Rasa sedih, penat, emosi bila tinggal sendiri kat rumah. Suami kerja jauh, keluarga saya pun jauh kalau nak tumpang bermanja. Yg dekat cuma mertua tapi saya tak selesa dengan keluarga mertua 😣 Minta doakan kandungan saya sihat dan selamat. Saya perlukan support suami dan orang keliling sangat2

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Mudahan Allah kurniakan kesembuhan emosi dan kepenatan. Ada sesuatu yg RasuluLlah untuk wanita yg kepenatan ; zikir SubhanaLlah 33x, Alhamdulillah 33x Allahu Akhbar 34x. Cuba lah.. Buat setiap kali tidur dan selepas solat. Tengok perubahan. Jika mampu & diizinkan suami. Boleh juga ambil masa bawa anak beriadah (night outing), puan pun blh jln2 bg relax..

Baca lagi
Post reply image
5mo ago

Sama manfaat