Nak luahkan perasaan

Saya stress MIL sy mcm asyik critic cara sy jga anak. smua tak kena. Sy susu badan sepenuhnya alhamdulillah setakat ni. Husband sokong. bkn senang sbb keje nk curi2 msa pump, sy struggle tapi happy dapat bagi susu badan kt anak sy nk masuk 4 bulan dah. MIL sy slalu ckap susu badan tak ckup, kena tambah formula, kena bgi air la. Dia kta susu tu mkanan sahaja. Hri tu dia siap kta tak kesian ke kt anak nnti dahaga. Sy lama2 jdi stress bila benda sama je dia ulang. Dah explain knapa tak elok bgi minum air kosong dia kta plak anak2 dia dlu smua elok je. huuu sy tau org tua2 ada mindset lain, sy dengar je. Tapi risau takut dia curi2 bgi pulak. Saja nk luahkan sbb stress 😭

19 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hmm. Anak saya dah masuk 2 tahun pun mil saya masih macam ni. Dari pantang, sampai bab makan anak ada je tak kena. Apa boleh buat? Saya mampu bersabar jela. Kadang tu saya melawan je balik tapi takde rude sangat sampai dia bermasam muka. Point saya senang, kalau dia boleh cakap itu ini, saya pun boleh. Suami saya pun tegur juga dekat makpak dia tu. Dia pun stress perangai macam ni. 😅 Awak dan suami teruskan je ketegasan tu, remind je banyak kali, TAKBOLEH. Tak semua benda sesuai untuk anak kita. Ikut umur anak dan keperluannya. You've done your best as parents, dan kita akan always nak kan yang terbaik. Kalau dibuat juga perkara yang tak diingini tanpa pengetahuan kita, wallahualam. Semoga Allah lindungi lah anak kita.

Baca lagi