Luahan perasaan

Saya stress kenapa tak pregnant lagi..Orang sekeliling senang je bunting pelamin. Tahun ni dalam keluarga saya 3 org menanti baby. Kenapa bukan saya. Sampai sekarang saya x bagitahu suami diorang hamil. Takut suami kecewa. Saya dah masuk 4 tahun belum ada tanda. Hari² pikir lepas tu kena hadap dengan sindir sinis orang sekeliling. Rasa sunyi je rasa rumah. Dulu bela kucing untuk hilangkan sunyi. Tapi di sindir pulak dgn org. Bela kucing je anak xda. Awal² dulu okay la duduk berdua dgn suami takda anak main dgn kucing²..tapi sekarang bila suami balik keja tengok dia macam xde semangat. Tiada sambut dari ank kot mcm org lain. Kami bukan org yg bduit mcm org lain buat yg xde anak pergi holiday selalu. Tak tahu nak hilangkan stress macam mana saya hanya mampu menulis disini. Macam² cara saya cuba. Mungkin bukan rezeki saya lagi. 😔

71 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Puan ada buat rawatan kesuburan? Saya sebelum ni, daftar di web lppkn, kemudian follow up untuk check suami isteri. Proses nak dapat tarikh temujanji lambat tapi selepas tu dia ikut cycle kita checkup semua. Harga ok lah compare swasta. Boleh juga buat iui atau rawatan lain situ. Kalau sanggup tunggu lama, boleh minta kk buat referral letter ke hospital kerajaan.

Baca lagi
3y ago

ada sis checkup di swasta. semuanya okk..lepas tu stop sebab mampu takat tu je