Minta pendapat

Saya skrg tgh berpantang di kpg. Saya pjj sementara dgn suami. Saya gaduh dengan suami. Saya hampir nak meroyan. Suami jenis acuh tak acuhndengan saya sekarang ni. dia lebih pentingkan hobi dan kawan2. Selalu nya saya sampai tahap menangis meroyan pun dia tak hiraukan. Tu tanda dia tak sygkan saya kan. Saya taknak panjanh lebar cerita ttg masalah lain. Saya rasa penat dh hidup dgn lelaki yang tak jaga perasaan saya dan semakin hari semakin pentingkan kawan. Tapi saya tak tahu mulakan mcm mana. Sbb saya tak kerja. Pastu anak2 lagi. Patut ke saya bertahan je? Tapi saya sakit dia tak pentingkan saya dan anak2. Saya masih dalam pantang. Kesiaj baby sbb emosi saya tak stabil walaupun saya tgh cuba sehabis baik jaga bby dan kawal emosi. Mintak pendapat, sokongan, tips. Apa2 je la. Ni pun taip dalam mengantuk sbb tak cukup rehat dan tidur trime kasih

11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Awak tengah lalui fasa yang memang sangat mencabar, terutama sekali masa berpantang. Normal untuk rasa penat, sedih dan tertekan bila kurang sokongan dari orang tersayang. Awak dah buat yang terbaik untuk jaga baby walaupun emosi sendiri tengah tak stabil. Kalau boleh, cuba luahkan pada suami dengan cara yang tenang bila ada peluang.. beritahu yang awak perlukan perhatian dan sokongan, bukan sekadar untuk awak, tapi juga untuk anak-anak. Kadang-kadang lelaki ni tak perasan betapa besarnya kesan emosi pada ibu dalam pantang. Dalam masa sama, cuba jaga diri dulu, cukupkan rehat bila baby tidur, jangan pendam sorang-sorang (boleh cerita pada keluarga rapat atau kawan yang faham). awak juga berhak rasa disayangi dan dijaga. Semoga awak terus kuat, insyaAllah fasa ni akan berlalu. 🤍

Baca lagi
VIP Member

try bncng dgn husben tnya mcm mana tuk ms dpn hubungan puan pd ms akan dtg dgn husben...jika husben kata dia dh tawar hti dgn puan smua serah pd puan..puan blh trus pergi pejbt agama buat aduan ttg ni .dlm ms yg sm try cri2 kerja yg mudah blh jana income dr rumah jd affiliate ke..smntra tggu abis pantang..at least blh survive dgn ank2.. tp tula jika husben xpnh culas bg nafkah pd kita mcm makan pakai cukup..duit blnja dia bg pd kita tu pun mmg bg bulan2 tuk kita bukan duit tuk beli brg dapur..tu pun nnti pjbt agama akn tnya juga ..pape pun smua plihan di tgn puan..puan berhak tuk rs bhgia dan dsygi..mg dpmudahkan segalanya Allahuma aamiin

Baca lagi
1mo ago

aamiin. terima kasih. tu la. tak minta apa sgt pun, cuma ingin rasa diri ni penting dan disayangi 😞

Saya doakan sis diberikan kekuatan utk melangkah dan memulakan kehidupan yg lebih baik selepas ini. Di mana kebahagiaan sekiranya suami tak mementingkan kesejahteraan emosi. Sekiranya sis rasa berbaloi utk bertahan dalam perkahwinan, silakan. Bawa berbincang dgn suami. Luah perasaan kpd suami. Sis lebih kenal suami sis bagaimana. Apa yg saya boleh kata, sayangi diri kita dahulu, sis berhak bahagia dan anak² perlukan persekitaran yg baik utk membesar dgn sihat terutamanya dari aspek emosi. Sis berhak bahagia! Virtual hugs for you, sis 🥰

Baca lagi

jgn fikir sgt psl suami. dia nk penting kn awk atau tk biarkn. yg penting awk kene jga kshtn awk.. sbb anak2 perlukn ibu yg sht, yg ceria. fikir psl ank2 je skrg ye.. luang masa, subikkn diri awk dgn keluarga.. nti hbis pntang awk berbincg la dgn suami psl prgai dia tu..

pergi kaunseling bwk suami sekali. lpstu masa anak2 tido, buat deep talk dgn husband face to face berdua. luahkan sgala apa yg terbuku dihati both parties. kalau dia masih xberubah, awk buatlah keputusan yg terbaik untk diri n anak2.

saya kalau berpantang dekat kampung , kalau dia ignore saya ..saya ignore dia balik .. nnt pandai la dia rindu .. yang penting time ni fokus dgn pantang awak . fokus utk tenang kan hati awak .. ni kan bonding time Ibu Dan anak .. so happy pantang ya

berbincang dengan suami tentang hala tuju rumahtangga.. jika tiada penyelesaian dapatkan khidmat nasihat dari kaunseling & buatlah keputusan terbaik.

TapFluencer

Minta orang lain yg suami hormat utk tegur suami tu, contoh ibu bapa mertua puan. Katakan puan dan anak perlu kasih sayang drpd suami.

1mo ago

dah pernah meluah kat ibu dia sebab dh bertahun bertahan. end up layanan dia ke ibu dia pulak yang semakin berkasih syg. dgn kita pulak makin jauh 😅

awak berpantang sendiri ke? Semoga awak kuat ya 💪🏽

cuba bercakap dgn suami