Tolong jap ibu2

Saya dan suami pernah gaduh besar. Sekarang dah berbaik. Sebelum ni silent treatment dr kedua pihak. Akhirnya saya yang mengalah. Jadi kami dah berbaik. Suami ok dari segi nafkah, bawa kitaorg jalan2. Tapi suami jenis yang tak boleh tegur sekarang. Contoh nya dia nak keluar mana2 memang dia akan beritahu. Cuma hak saya sebagai seorang isteri untuk melarang ke mana2 seakan dah hilang sebab kalau saya larang dia akan marah seakan saya ni kongkong dia. Cuma situ saya rasa sedih sebab takkan saya sebagai seorg isteri tak boleh nak kata 'tidak' langsung utk ke mana2. Dan saya juga rasa yang suami macam tak pentingkan dan jaga perasaan saya. Seolah tak penting 😞 btw saya SRT saya pun sunyi takde kawan2 cuma ada suami dan anak2 je. dulu suami tak mcm ni. Semenjak dia dah terlibat dengan hobi dan rapat dengan kawan2. apa pendapat ibu2. Macam mana saya nak berdamai dengan perasaan makan hati tu. Dan saya patut bersyukur je kan sebab tak semua suami sempurna kan. Atau relevan je rasa saya ni 😞 penat nya emosi saya

14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

As a wife takda hak nk larang suami keluar.. Mmg llaki akan terasa d kongkong sbb bg dia mgkin dia lepak sj.. biarkan sj la.. selagi dia tak pergi tempat yg tak elok.. suami sy lepak jg bt motor bt kereta ng kawan2 dia.. dr bujang lg dia mcm tu sy tak pernah larang.. alhamdulillah sampai skg kami baik2 sj.. sy tau sy takda hak nk larang dia lepak.. dan dia tau batas.. bila sy kluar dr dapur atau bilik sy cari suami takda.. sy tau dia kmn mesti lepak bt motor.. dia g mancing pon sy ok sj.. sy faham.. dia balik dr lepak atau mn2 mesti dia bg bgtau.. dan sy tak pernah nk byk tanya "knp sblm jln tak bgtau tak ws" tak pernah.. skg ni bila lapang/cuti kami ad kat kampung.. sbb rmh dia kat sni.. klu kat selangor , dia mesti bw sy sekali g lepak sampai subuh.. dia bt motor/kereta berbayar.. bkn lepak kosong.. so , sy galakkan lg mcm tu.. skg sambil cr pendapatan kat kampung.. (sbb skg cuti beranak kat sabah) , nt bila balik selangor pula sy dan anak sj kat rmh berdua nt.. suami akan sllu outstation , ad free kami ikut.. latih diri sis utk terima.. lg pon benda tu benda simple.. lainla klu suami sis pergi bt tak baik.. llaki pon ad metime.. lg sis layan kehendak tu , lg la tambah stress pd diri.. Dan sy tak fhm kita takda hak nk larang knp nk larang? Klu pergi bt tak senonoh logikla kot.. Jgn kecam sy.. 🙏🏼

Baca lagi
1mo ago

Betul. Laki tend to buat benda tak senonoh bila dia terasa hidup dia dikongkong actually

I feel you sis ❤️ apa yang awak rasa tu valid sangat. Memang sakit bila kita rasa suami tak lagi jaga perasaan kita macam dulu, apatah lagi bila kita ni stay at home mom dan dunia kita banyak bergantung pada dia. Bila awak cakap rasa tak ada hak nak kata “tidak”, itu memang buat hati isteri jadi makan hati, sebab dalam rumah tangga sepatutnya ada give & take kan. Tapi awak jangan terlalu salahkan diri sendiri juga ya. Semua lelaki ada fasa, kadang bila dia dah ada hobi atau kawan2 baru, fokus dia teralih sikit. Bukan bermaksud dia tak sayang, cuma cara dia layan awak tu mungkin berubah. Itu memang boleh buat kita rasa lonely. Satu benda yang mungkin boleh bantu awak berdamai dengan perasaan tu, try slowly cari “world” awak sendiri juga. Tak semestinya kawan ramai, cukup kalau ada sorang dua kawan yang boleh jumpa atau chat sekali sekala. At least awak ada ruang bercerita dan rasa diri awak ni lebih daripada sekadar isteri atau ibu. Bila hati kita terisi dengan benda lain, kesunyian tu tak terlalu berat. Awak berhak rasa sedih, awak berhak rasa penat. Tapi pada masa yang sama, awak juga berhak untuk ada hidup yang buat awak rasa gembira, walaupun simple. In shaa Allah, bila awak ada balance tu, awak akan rasa lebih ringan nak hadap apa saja dengan suami. 🤍

Baca lagi

Sabar ya. Saya pun pernah begitu. Memang kita yang akan disalahkan. Apa y saya buat. Sampai di satu level saya berhenti menegur. Keluar dan spend time dengan anak. Everything anak saja. Masa tu saya bersyukur ada anak. Daripada sendiri. Sibukkan diri. Walaupun sedih. Tapi at least kita x larut dalam kesedihan. Perangai mcm ni tunggu Tuhan turun tangan baru dia akan sedar. Sibukkan diri. Berdoa selalu. Walaupun masih ada rasa stressnya at least kurang. Sampai saya pernah berfikir. Mungkin bahagia saya 100% dia. Tapi bahagia dia 20% diri dia, 20 % kawan, 20% hobi, 20% keluarga, 20% kerja. Tambah semua baru 100%. Jadi saya kena fikir secara matang. Sementara tu, menabunglah sendiri. Kita x tahu apa2 kemungkinan di depan.

Baca lagi
1mo ago

ye sis..terima kasih 🥰

Saya pulak lain sikit pendapat dengan ibu2 lain. Saya mmg halang suami saye kluar sbb nya tak yah lepak sana sini mcm org tak kawen, dia dh kawen berbini dan ade anak jd nya duduk rumah layan anak. Quality anak kene jaga, bini tak pew boleh arrange sndri . If betull nak keluar bawak anak bawak bini lepak sekali . Mmg itu cara saya dan dia boleh terima. Maaf klau lain sikit dari semua tp ini yg saye buat ☺️

Baca lagi
1mo ago

betul. kita punya struggle jaga anak2 dia pulak nak lepak2

By right wife takda hak tak bg lelaki keluar sis esp he’s the provider. Lagi kita tak bagi, seakan ego dia tercabar & rasa terkongkong so dia rimas. in the end lagi lah dia sengaja kerap keluar. Maybe sis boleh highlightkan keperluan2 kenapa dia perlu berada di rumah or sis tuntut nk hak yg sama which sis pun nk keluar me time selalu. Reverse psychology

Baca lagi
1mo ago

100% ✅

bg saya bila Suami ni provider , dia mcm ada 1 beban juga sbenarnya yang dia nak release .. Sy pernah di situasi sis.. Suami jadi mrh2.. lepas Dr tu Sy mula cri jalan utk ada duit sendiri wlupun Suri rumah. Sy manja kan diri Sy , happy kan diri Dan anak2 .. nnt Suami sendiri akan rasa perubahan tu. circle akan jadi makin positive sbb kita pun ada minat Dan duit kita sendiri.

Baca lagi
1mo ago

saya terfikir nak jugak cari income sendiri utk happykan diri dan anak2 tapi tak tau macam mana nak mulakan 😞

dr awal lg mmg isteri takde hak pun utk halang kawal suami.. isteri ada hak utk kata tidak, tp suami taksalah pun bil tak patuh.. mcm mana nk buat, duduk bincang, bincang utk cari solusi supaya tak jd masala, bukan utk suami patuh isteri.. jgn lagi buat silent treatment. cukup yg dulu tu last.

Baca lagi
TapFluencer

Ermm.. Kalau larang suami ke tempat / buat aktiviti tak patuh syariah/ akidah, sesuai lah isteri larang. Sbg SRT, untuk elakkan sunyi, join majlis ilmu secara fizikal / online, baca buku, buat hobi baru dll yg sibukkan diri kita drpd kesunyian.

Hmmm susah nak ckp , suami Sy pun selalu kluar jugak tp die akan bgtahu pergi mana ~ mcm Sy, asalkan die bgtahu nak pergi mana n buat apa , Sy okay ~ sebb sy mmg jenis suka duduk rumah

dri pengalaman sy laki ni lg kita kta tkboleh lg tu dia buat, so dh tau tetap sakit ati jgk baik bg je klau tdak kita pon emosi sbb perangai dorang