hi saya nak luahkan perasaan dan tanya pendapat 🥲 suami tak mampu nak bayar bil hospital swasta.

saya skrg dah 5 bulan mengandung dan saya nak tanya pendapat mommies kat sini, selalunya kalau kita aim nak bersalin kat hospital swasta, tapi suami tak mampu dan dia hanya mampu untuk bagi saya bersalin kat hospital kerajaan, macam mana nak buat eh? saya bukan nak pandang rendah kat hospital kerajaan. cumanya kan, untuk anak pertama ni saya berharap sangat untuk bersalin kat swasta dan suami masa awal2 saya pregnant dulu dia kata boleh je nak afford bersalin kat kpj. lepastu skrg ni, bila saya macam bagi suggestion kat dia hospital lain yg swasta tapi harga berpatutan (sbb saya pun mmg nak ringankan beban dia lah) then dia cakap tengok macam mana 🥲 saya tak tahu nk rasa apa skrg ni. sebab saya dah expect yg saya akan bersalin kat hospital swasta. so persoalan saya, mommies kat sini yg ada husband tak cukup budget untuk bayar hospital swasta, macam mana awak terima kenyataan tu dan awak kena juga bersalin kat hospital kerajaan sbb husband tak cukup budget? atau ada ke mommies kat sini yg keluarkan duit sendiri untuk bersalin kat hospital swasta? #bantujawab #ingintahu #firstmom

145 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Ikut kemampuan sis dan suami. Kalau suami tak mampu, tp sis mampu dan nak sgt swasta, why not sis yang keluarkan duit bersalin swasta. Suami keluarkan duit untuk benda selepas bersalin. Fair jugak. Kalau dedua orang mampu, sama2 la menabung dari sekarang. Tu jela. Lepas bersalin, anak kuning lagi. Kalau swasta harga dah ribu satu malam warded baby. Kalau gov tak sampai Rm50. Kena pikir jauh sikit.

Baca lagi
1y ago

Jangan makan hati sgt suami cakap dia tak mampu. Dia pun sedih tak dapat bagi apa dia janji. Tp kita kena cuba faham dan olah mengikut keadaan. Apa yang dia mampu, let him settle all. Kalau bersalin swasta sgt penting untuk sis macam cross bucket list or peace of mind, then sis saja la keluarkan duit sendiri bersalin swasta.